Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Siswazah Tidak Seharusnya Memilih Kerja

By 20 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto oleh  Noor Hidayah Binti Mohd Izam ( Batu Pahat )

BATU PAHAT, 20 Ogos 2018 – Karnival Kerjaya JobsMalaysia 2.0 2018 yang telah diadakan di Ruang Legar, Bangunan Gunasama Persekutuan telah berjalan dengan jayanya yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Daerah Batu Pahat yang berlangsung selama satu hari

Program ini bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada siswazah serta individu yang ingin mencari peluang pekerjaan.

Program ini telah disertai oleh 1,154 orang yang terdiri daripada tiga kategori iaitu pencari kerja yang mewakili seramai 990 orang, manakala siswazah sebanyak 509 orang dan bukan siswazah mewakili seramai 481 orang.

Antara pengunjung yang hadir ke

Antara pengunjung yang hadir ke Karnival Kerjaya JobsMalaysia 2.0 2018 di batu Pahat

Terdapat 19 buah syarikat yang telah menyertai dalam karnival tersebut. Syarikat-syarikat tersebut dipilih berdasarkan kebolehpasaran seiring dengan Revolusi Industri (IR) 4.0 yang hangat diperkatakan didalam dunia pekerjaan khususnya dari dalam dan luar Batu Pahat.

Disamping itu, terdapat juga beberapa aktiviti menarik sepanjang program ini seperti Mobile Labour Care (MOLAC), Klinik Kerjaya, Aduan Perburuhan serta temuduga terbuka.

yang datang mengisi maklumat ke dalam sistem pengenalan diri

Para siswazah yang hadir mengisi maklumat ke dalam sistem pengenalan diri

Menurut Pengarah Tenaga Kerja Batu Pahat, Osfarina Othman, “Karnival kerjaya ini diadakan untuk mendedahkan peluang kerjaya kepada para siswazah serta pencari kerja disamping membantu mereka mencari pekerjaan mengikut kelayakan masing-masing,” katanya

Tambah beliau, belia yang mencari pekerjaan tidak seharusnya memiliki sikap memilih malahan mengambil segala peluang yang ada bagi menimba ilmu serta mencari pengalaman.

Salah seorang pencari kerja mendengar penerangan dari pihak penganjur

Salah seorang pencari kerja mendengar penerangan dari pihak penganjur

Penolong Pengarah Tenaga Kerja Batu Pahat, Ismail Md Alip, pula memberitahu, calon-calon pencari kerja haruslah memiliki ‘softskill’ terutamanya dari segi penampilan, penyediaan resume serta kelulusan agar majikan lebih berminat untuk memberi pekerjaan.

“Calon-calon juga haruslah memiliki kemahiran lain selain daripada kelulusan akademik. Perkara ini sedikit sebanyak membantu calon-calon dalam menghadapi IR 4.0” kata beliau mengakhiri perbualan bersama wartawan MalaysiaAktif.

  • AA / MRR

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda