Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Peserta program “Yes I Can Do It” perlu bersikap positif dan cekal

By 21 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto: Zaidi Bin Jamin

 

KOTA KINABALU, 21 Ogos(Malaysiaaktif) – Peserta terdiri pesakit talasemia yang menyertai Program ‘Yes I Can Do It’ diingatkan agar sentiasa bersikap positif dan cekal berhadapan sebarang cabaran.

Pegawai Psikologi Kaunseling, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS), Clarice ketika menyampaikan ceramah.

Pegawai Psikologi Kaunseling, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS), Clarice ketika menyampaikan ceramah.

Penceramah, Nurul Ihsan Ismail mengingatkan para peserta program
“Yes I Can Do It” bahawa kejayaan atau kegagalan seseorang bergantung kepada
sifat-sifat yang ada pada diri individu.

“Jika kita tidak rajin, tidak berpandangan jauh, tidak tertib dan tidak mempunyai etika yang mulia kita pasti menemui kegagalan.

“Sebagai insan yang dikurniakan akal fikiran dan tenaga kita tidak harus menunggu segala-galanya datang bergolek, sebaliknya perlu berfikir dan berusaha sebagai penghargaan segala kurniaan tuhan.

Francis menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan, Nurul Ihsan

Francis menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan, Nurul Ihsan

“Hanya setelah segala ikhtiar dibuat, barulah kita boleh berkata bahawa sesuatu itu telah ditakdirkan,”ujarnya.

Nurul Ihsan berkata demikian pada sesi ceramah yang dihadiri lebih 50 peserta
kalangan pesakit talasemia anjuran bersama Persatuan Talasemia Sabah dan Wad Rawatan Pesakit Harian, Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Dewan Kinabalu HQE pada Selasa.

Sebahagian daripada aktiviti berkumpulan ke arah memupuk jati diri dan sikap positif kalangan peserta.

Sebahagian daripada aktiviti berkumpulan ke arah memupuk jati diri dan
sikap positif kalangan peserta.

Terdahulu Presiden Persatuan Talasemia Sabah Francis Mujim berkata , program
“Yes I Can Do It” yang julung kalinya diadakan merupakan program berbentuk bimbingan dan motivasi bertujuan memberi pendedahan kepada peserta agar terus cekal menghadapi cabaran serta mengutamakan penjagaan kesihatan diri secara berterusan.

Katanya, pihak hospital dan Persatuan Talasemia negeri ini bukan sahaja mempergiat pelbagai program pendidikan kesihatan mengenai penyakit ini kepada masyarakat sebaliknya program bimbingan khusus kepada pesakit terus diberi tumpuan.

Lebih bersemangat untuk menempuh sebarang cabaran untuk berjaya dalam kehidupan… peserta program Nureliza

Peserta program Nureliza

Selain sesi ceramah berhubung peluang dan cabaran berpandukan status kesihatan, program sehari turut diisi dengan aktiviti secara berkumpulan sebagai asas mempertingkatkan jati diri dan sikap positif kalangan peserta.

Salah seorang peserta Nureliza Khairozymah Tahir, 35 merasa bangga dan bersyukur dapat menyertai program yang banyak memberi pendedahan dan kesedaran kepada kalangan rakan pesakit Talasemia.

“Program yang pertama kali dianjurkan ini bukan sahaja memberi peluang untuk kami berkumpul dan mengeratkan hubungan sebaliknya memberi semangat dan motivasi supaya lebih berani dan yakin untuk bersaing seperti insan biasa.

Sebahagian daripada aktiviti berkumpulan ke arah memupuk jati diri dan sikap positif kalangan peserta.

Sebahagian daripada aktiviti berkumpulan ke arah memupuk jati diri dan
sikap positif kalangan peserta.

“Saya dan rakan-rakan amat berharap program “Yes I can Do it” akan diteruskan pada masa akan datang kerana melaluinya, kami mampu melupakan seketika masalah
kesihatan yang dihadapi malah akan lebih bersemangat untuk menempuh sebarang cabaran untuk berjaya dalam kehidupan,” jelasnya.

Hadir sama memberi penceramah termasuklah Pegawai Unit Psikologi Kaunseling Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS), Clarice Andrew, serta KJ Siti Rahmah Latang selaku fasilitor program.

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda