Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Balai Bomba Putatan Bakal Siap Selewat-lewatnya 2020

By 5 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Idris Sani Saberun/ Foto: Saiful Rahman Sabri(Sabah)

 

PUTATAN, 5 Sept (Malaysiaaktif) –  Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini bakal siap dibina selewat-lewatnya pada tahun 2020.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Uda Sulai berkata, setakat ini kerja pembinaan struktur tapak sedang berjalan dengan lancar.

Uda (kiri) tertarik dengan hasil lukisan daripada pelajar-pelajar kursus Seni Kreatif

Uda (kiri) tertarik dengan hasil lukisan daripada pelajar-pelajar kursus Seni Kreatif

“Balai bomba yang dibina di sebuah kawasan lapang bersebelahan Taman Ceriamas ini akan memberi kemudahan kepada penduduk terutama dalam menangani urusan kecemasan dan kebakaran di daerah ini,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Petagas berkata, selain balai bomba, daerah ini juga memerlukan sebuah balai polis dan hospital bagi menampung keperluan serta kepadatan penduduk di sini.

“Setakat ini, daerah Putatan memiliki sebuah klinik kesihatan namun, kemudahan ini kini amat sesak terutama tempat letak kereta.

Salah seorang murid Tadika Kemas Putatan bangga mengenakan pakaian jalur gemilang ketika menghadiri majlis tersebut.

Salah seorang murid Tadika Kemas Putatan bangga mengenakan pakaian jalur gemilang ketika menghadiri majlis tersebut.

“Justeru, pembinaan bangunan hospital di sebuah kawasan yang baharu amat diperlukan bagi menampung keperluan penduduk pada masa akan datang,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Daerah Putatan 2018 di Dewan Sri Putatan, di sini, pagi Selasa.

Kira-kira 1,000 orang hadir menjayakan majlis itu dengan pelbagai pengisian antaranya persembahan tarian kebudayaan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Petagas, sketsa dan deklamasi sajak kenegaraan daripada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan selain gerai pameran daripada agensi-agensi persekutuan dan negeri.

Pada majlis itu, Uda turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada para ketua jabatan, pengetua dan guru besar sekitar daerah ini.

Uda (kiri) menyampaikan Jalur Gemilang dan sijil penghargaan kepada Pegawai Penerangan Daerah Putatan, Hayati Yakob (kanan) sambil disaksikan Awang Husaini (tengah)

Uda (kiri) menyampaikan Jalur Gemilang dan sijil penghargaan kepada Pegawai Penerangan Daerah Putatan, Hayati Yakob (kanan) sambil disaksikan Awang Husaini (tengah)

Turut hadir, Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Awang Sahari; Pegawai Daerah Putatan, Ag Abd Ghani Pengiran Yusoff; Penolong Pegawai Daerah Putatan, Hassan Mahali; Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Harris Ibrahim serta Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Awang Saifudin Jumat.

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda