Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Mesyuarat Panel Penasihat Program Mampu Lahir Graduan Idaman Industri

By 9 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Siti Mariam Aziz Rashid(Sabah)

KOTA KINABALU, 8 Sept (Malaysiaakktif) – Mesyuarat Panel Penasihat Program Politeknik Kota Kinabalu yang diadakan setiap tahun, mampu melahirkan lebih ramai graduan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan industri masa kini.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Zainab Othman berkata mesyuarat ini merupakan platform terbaik bagi semua panel penasihat program yang dilantik institusi ini.

Mesyuarat Panel Penasihat Program bagi Kejuruteraan Mekanikal sedang berlangsung

Mesyuarat Panel Penasihat Program bagi Kejuruteraan Mekanikal sedang berlangsung

“Mereka dapat menyumbangkan idea dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah relevan, berkualiti serta menepati keprluan pihak industri.

“Dengan cabaran baharu seperti Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0), kita perlu melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital tersebut untuk kekal berdaya saing,” kata Zainab.

Panel Penasihat Program melawat ke makmal dan bengkel kejuruteraan mekanikal

Panel Penasihat Program melawat ke makmal dan bengkel kejuruteraan
mekanikal

Tambahnya, mesyuarat yang diadakan amatlah bertepatan bagi mengenalpasti keperluan dan penambahbaikan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran sedia ada, selaras dengan peredaran masa dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh badan-badan akreditasi seperti MQA.

Zainab berkata demikian semasa pembukaan Mesyuarat Panel Penasihat Program Politeknik Kota Kinabalu Kali ke-5 di sini baru-baru ini.

Pengurus Fizrix Systems Sdn. Bhd., Idzrul Azraai Mohammad Idrus menerima sijil pelantikan selaku Penasihat Program Kejuruteraan Elektrik

Pengurus Fizrix Systems Sdn. Bhd., Idzrul Azraai Mohammad Idrus menerima
sijil pelantikan selaku Penasihat Program Kejuruteraan Elektrik

Menurutnya juga, jalinan kolaborasi yang termeterai bersama beberapa industri tempatan dan di Semenanjung Malaysia, telah memainkan peranan penting dalam membantu pembentukan program-program sedia ada di institusi ini.

“Sehingga kini kita telah mempunyai jalinan kolaborasi bersama 73 industri di seluruh negeri Sabah dan Semenanjung Malaysia.

“Terdapat 30 lagi jalinan industri pelbagai bidang yang bakal dilaksanakan pada 13 Oktober akan datang.

“Jalinan kolaborasi juga memainkan peranan dalam peningkatan kebolehpasaran graduan Politeknik Kota Kinabalu khususnya, dimana pada tahun 2017 terdapat peningkatan pada kadar kebolehpasaran graduan iaitu pada 94.72 peratus berbanding 93.5 peratus pada tahun 2017.

Wakil Sutera Harbour Resort, Hendry Herman menerima sijil pelantikan selaku Penasihat Program Pengurusan Hotel daripada Zainab

Wakil Sutera Harbour Resort, Hendry Herman menerima sijil pelantikan
selaku Penasihat Program Pengurusan Hotel daripada Zainab

“Ini bermakna kita sedang berada di landasan yang betul dan akan terus berusaha untuk melahirkan lebih graduan yang berdaya saing dengan bantuan pihak industri,” ujarnya.

Seramai tiga puluh wakil industri yang telah dilantik selaku panel penasihat kepada 17 program pelbagai bidang sedia ada di Politeknik Kota Kinabalu.

Setiap panel daripada pelbagai latarbelakang dilantik bagi tempoh tiga tahun.

Hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Pengarah Akademik Norhanom binti Awang,
Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Abdul Razak bin Mohd. Daim serta ketua-ketua program dan pensyarah PKK.
 

 

-FB

Tinggalkan komen anda