
Laporan oleh: Hazlinah Samsir/ Foto: Jeffren M(Sabah)
KOTA KINABALU, 22 Sept (Malaysiaaktif) – Setiap warganegara, tidak mengira bangsa, agama mahupun kefahaman politik, wajib sayangkan negara.
Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Azhar Datuk MatussinĀ berkata demikianĀ dalam ucapan perasmian Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018 (separuh akhir) di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, pagi Sabtu.

Azhar (tengah) menyampaikan sijil kepada wakil Pulau Pinang, Nor Adzlyn Sadiri (dua dari kiri) disaksikan Sukari (dua dari kanan), Roselindawati (kiri) dan Norzawiyah (kanan).
“Tanpa cinta kepada negara, kita tidak dapat hidup dengan harmoni, aman damai dan bersatu paduĀ kerana ketaatan kita akan mudah diganggu gugat oleh anasir luar.
“Oleh itu, setiap kita dituntut memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada negara,”ujarnya.
Tambah beliau, pertandingan seumpamanya membantu mempertingkatkan jati diri dan semangat cintakan negara serta perlu diteruskan pada masa akan datang.

Azhar (dua dari kiri) menerima cenderakenangan daripada Jabatan Penerangan Malaysia yang disampaikan oleh Sukari (dua dari kanan).
Pertandingan separuh akhir menyaksikan 15 orang peserta berentap bagi memenangi lima tempat bagi pertandingan akhir yang bakal berlangsung esok di Dewan Al-Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (Kandungan Digital), Datuk Mohd Sukari Abd Hamid; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (Komunikasi Strategik), Roselindawati Abdul Rahman dan Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka.
-FB