
Laporan dan Foto : Nurul Azreen binti Zulkifli
KOTA KINABALU, 22 Sep (Malaysiaaktif) – 15 peserta pidato dari seluruh negara berentap di pentas Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan 2018 separuh akhir yang diadakan di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Kota Kinabalu, Sabah.
Program turut dihadiri dan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Tuan Azhar Datuk Haji Matussin.
“Pemilihan Sabah sebagai tuan rumah pada tahun ini bagi Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan 2018 adalah amat bermakna sekali bagi kami” ujarnya.
Uniknya pertandingan pidato pada kali ini kebanyakan peserta yang mewakili negeri mereka bukanlah berasal dari negeri itu sendiri.
Seperti salah seorang peserta yang mewakili Pulau Pinang tetapi berasal dari Sabah iaitu Nor Adzlyn binti Sadiri yang berusia 25 tahun berkata, ini adalah tahun kedua beliau memasuki pertandingan pidato yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.
Beliau yang sebelum ini pernah memasuki beberapa pertandingan pidato malah pernah menyertai Da’i Milenia, dan telah hampir ke pusingan akhir.
“Besar harapan saya untuk melangkah ke pusingan akhir dan sekaligus merangkul geralan juara pada Pertandingan Pidato Peringkat Akhir yang akan di adakan pada hari esok” ujarnya.
Beliau menjadikan Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai idola dalam pengucapan awam dan juga menjadikan Perdana Menteri kesanyangan ramai itu sebagai sumber utama dalam memantapkan lagi kemahiran dalam berpidato.
Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan 2018 Peringkat Akhir akan diadakan pada 23 September bertempat di Dewan Al-Bukhari, UITM Cawangan Sabah acara akan bermula seawal jam 8.00 pagi.