Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

SST Sebagai Sumber Dana Majukan Negara – Azizah

By 3 September 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan oleh: Asmidar Zainol/ Foto: Volontine Jiloh(Sabah)

KOTA KINABALU, 3 Sept (Malaysiaaktif) – Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) merupakan sumber dana kerajaan bagi memajukan negara.

Demikian penjelasan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Sabah 2018 di sini, petang Ahad.

“Sebelum ini, GST merupakan sumber kerajaan lama bagi pembangunan negara, namun setelah pemansuhan GST, kerajaan baharu putus sumber dana bagi tujuan tersebut.

“SST merupakan sistem cukai yang diperkenalkan semula bagi tujuan yang sama dan ianya terhad kepada beberapa jenis barang sahaja,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai diminta untuk menghubungi ‘hotline’ kementerian berkaitan bagi membuat aduan dan kenaikan harga bagi barangan lain oleh peniaga.

Dalam pada itu, Azizah turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat kerana sabar menunggu kerajaan baharu menangani masalah negara yang tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat.

Lebih seribu orang perwakilan dari 25 cabang atau bahagian parti berkenaan hadir memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir, Pengerusi PKR Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew dan Ketua Cabang PKR Penampang merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Kenny Chua.
-FB

Tinggalkan komen anda