Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Futvoli Jadi Tumpuan KRT Kuala Muda

By 27 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab/Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Bersempena Karnival Rukun Tetangga (KRT) yang sedang berlangsung mulai 25 hingga 29 Oktober 2018 Persatuan Futvoli Malaysia turun padang bagi memperkenalkan sukan baharu yang dinamakan ‘futvoli’.

Sukan ini merupakan satu jenis sukan yang berbentuk santai dan menggabungkan teknik permainan menggunakan kemahiran sukan sepak takraw dan bola sepak.

Permainan sukan futvoli ini menggunakan seluruh anggota badan kecuali tangan.

Permainan sukan futvoli ini menggunakan seluruh anggota badan kecuali tangan.

Permainannya lebih kurang sama dengan sukan bola tampar pantai iaitu dua orang pemain bagi satu pasukan. Apa yang membezakannya, bola tampar pantai menggunakan tangan manakala sukan futvoli ini menggunakan seluruh anggota badan kecuali tangan.

Menurut Presiden Persatuan Futvoli Malaysia, Kevin Lim Chor Hwa, sukan ini mampu mendapat tempat di hati penggiat sukan sekiranya usaha untuk memperkenalkannya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mendapat kerjasama spenuhnya daripada semua pihak.

“Sehingga kini seramai 20 orang yang berpontensi mewakili negara sedang giat menjalani latihan mingguan tiga kali seminggu di Gelanggang Berpasir, Taman Seri Astana Fasa 2, di sini.

“Pada masa ini lebih 40 buah negara seluruh dunia bermain sukan ini. Malaysia sendiri telahpun menjadi ahli gabungan persatuan Futvoli Asia dimana beliau sendiri telah dipilih untuk memegang jawatan sebagai timbalan presiden,” katanya ketika ditemui pemberita.

Seorang pengunjung yang ditemui, Mohd Syafiq Azman berkata beliau datang ke karnival ini semata-mata ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai sukan futvali ini dan turut berminat untuk menjadikan sukan ini sebagai kerjaya profesional sebagaimana bidang sukan yang lain.

-SH

Tinggalkan komen anda