Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Kerajaan Selangor Sedia Bantu Hospital Awam

By 27 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan Selangor sedia menyalurkan bantuan dan sokongan untuk Hospital Selayang atau hospital awam lain bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berharap kerajaan persekutuan turut menyalurkan peruntukan sebagai menyokong usaha tersebut.

Amirudin (dua dari kanan) ketika meninjau pengoperasian Hospital Selayang semalam.

Amirudin (dua dari kanan) ketika meninjau pengoperasian Hospital Selayang semalam.

“Isu utama dan masalah di Hospital Selayang akan dipanjangkan selaras dengan harapan kerajaan negeri menumpukan aspek kesihatan, perumahan, alam sekitar dan pendidikan.

Amirudin (dua dari kiri) meninjau Unit Radiologi Hospital Selayang sempena program Jelajah Maju Bersama di daerah Gombak.

Amirudin (dua dari kiri) meninjau Unit Radiologi Hospital Selayang sempena program Jelajah Maju Bersama di daerah Gombak.

“Sekiranya kerajaan pusat turut membantu ianya sangat bermakna kerana sebahagian hospital di negeri ini punya kelengkapan yang lama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan ke Hospital Selayang sempena program Jelajah Maju Bersama di daerah Gombak, semalam.

Terdahulu beliau diberikan taklimat pengoperasian hospital tersebut oleh Pengarah Hospital Selayang, Dr Sakinah Alwi sebelum melawat Unit Radiologi dan Wad Kecemasan.

Antara isu yang dibangkitkan adalah kesesakan di klinik pakar dan masalah parkir yang kritikal di hospital itu.

Cadangan penyelesaian pula melalui pembinaan blok klinikal 12 tingkat bernilai RM130 juta dan pembelian atau sewa unit kedai di Selayang Capitol, namun kekangan kewangan menjadi penghalang.

Sementara itu, Amirudin berkata beliau akan meneliti bentuk bantuan dan peruntukan bersesuaian bagi melancarkan operasi Hospital Selayang.

“Namun saya perlu penelitian terlebih dahulu sebelum umumkan sebarang peruntukan memandangkan peralatan perubatan yang diperlukan melibatkan kos yang besar dan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda