Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Hari Sukan Negara Wadah Gaya Hidup Sihat

By 13 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto Oleh : Nur Shafira Bt Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 2000 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar sekolah telah menyertai Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh di Padang Astaka Majlis Daerah Pasir Puteh, pagi ini.

“Hari Sukan Negara yang diadakan menjadi satu platform wadah penyatuan silaturahim antara warganegara, setelah penat bekerja maka mereka dapat merehatkan badan sambil beriadah dalam sambutan Hari Sukan Negara ini disamping dapat berkenalan dengan rakan-rakan baharu ” kata Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Wan Ahmad Suwaidi Zainal Abidin ketika melancarkan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh.

Menurut beliau lagi, Hari Sukan Negara merupakan suatu aktiviti tahunan yang bermanfaat dan dapat menggalakkan orang ramai untuk aktif bersukan serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan sejajar dengan harapan kerajaan.

Wan Ahmad Suwaidi menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

Wan Ahmad Suwaidi menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

Antara peserta yang hadir.

Antara peserta yang hadir.

Aktiviti sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan pengisian pelbagai aktiviti antaranya senam cergas, fun walk, penalti bola jaring dan bola sepak. Lebih menarik dalam Hari Sukan Negara ini semua kaum daripada pelbagai peringkat usia hadir untuk memberikan sokongan.

Menurut salah seorang pengunjung, Azree Leong Abdullah, 55, “Saya hadir bersama-sama keluarga kerana ingin bersukan dan beriadah disamping memberikan sokongan kepada program yang dilaksanakan. Aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja menyihatkan badan bahkan membuka peluang kepada pengunjung untuk berkenalan sesama sendiri”

Dalam pada itu juga, program ini mendapat sokongan daripada pelbagai syarikat swasta dengan memberikan sumbangan minuman percuma dan hadiah cabutan bertuah, antaranya adalah Zaleha Textile, Indo Cafe, Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad (KO-UMMAH) yang menjalankan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka

Turut hadir dalam program pagi tadi, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh, Khairul Nazie Ibrahim serta ketua-ketua jabatan.

 

– NAZ

Tinggalkan komen anda