Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Sampaikan Berita Yang Benar Untuk Rakyat Kedah

By 10 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh : Rose Rasidi / Foto Oleh : Bukhari Ismail

ALOR SETAR, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan dan agensi kerajaan diseru agar menyampaikan berita yang sebenarnya kepada rakyat negeri Kedah. Itulah harapan dan saranan yang diharapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah merangkap ADUN Kuah, Mohd Firdaus Ahmad sempena Program Taklimat dan Perjumpaan Bersama Pegawai dan Anggota Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Negeri Kedah yang berlangsung di Auditorium RTM, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berucap menyampaikan amanat kerajaan negeri kepada jabatan dan agensi dibawah portfolio beliau

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berucap menyampaikan amanat kerajaan negeri kepada jabatan dan agensi dibawah portfolio beliau

Beliau turut berkata, “tonjolkan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam proses negara ke arah Malaysia Baharu.”

WhatsApp Image 2018-10-09 at 20.01.52

Tambahnya lagi, “kerjasama jabatan dan agensi di bawah KKMM amat penting dalam menonjolkan perubahan positif yang dilakukan kerajaan buat rakyat di negeri Kedah dalam pelbagai aspek seperti pembangunan, ekonomi, pelancongan, pendidikan dan sebagainya. Sampaikan dasar-dasar kerajaan yang baharu dan laporkan berita yang benar kepada rakyat,” ujar beliau semasa ucaptama program berlangsung.

WhatsApp Image 2018-10-09 at 19.53.44

Program yang menghimpunkan pelbagai agensi antaranya Jabatan Penerangan, Kedahfm, Langkawifm, SKMM, Bernama, Pos Malaysia, Menara Alor Setar, Finas serta rakan strategik KKMM iaitu JPJ, SPR juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muafakat Komuniti Malaysia berjaya mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam bidang kerja agar kesepakatan berjaya dicapai.

Manakala menurut Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah, Nasrudin H. Mahmud yang juga pengerusi Jawatankuasa Penyelaras KKMM, “program bersama EXCO amatlah dinantikan kerana ini merupakan julung-julung kalinya jabatan dan agensi KKMM berpeluang beramah mesra dengan beliau.”

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras KKMM, Nasrudin H. Mahmud menyampaikan taklimat

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras KKMM, Nasrudin H. Mahmud menyampaikan taklimat

Tambahnya lagi, “selepas ini kami akan merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bersama kerajaan negeri dalam menyokong dan menyampaikan dasar kerajaan seperti yang dipertanggungjawabkan,” ujarnya.

Program berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama EXCO. Rata- rata yang hadir meluahkan rasa gembira kerana dapat berjumpa EXCO secara lebih dekat.

Tinggalkan komen anda