Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Ziarah Kasih Ringankan Beban

By 14 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MERLIMAU, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai enam warga emas menerima bantuan sempena Program Pewaris Muda Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Kampung Seri Mendapatkan di sini, semalam.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini membawa peserta dari kalangan pelajar institutsi pengajian tinggi (IPT) bagi merasai suasana perkampungan dan menjalani aktiviti kemasyarakatan.

Pelajar,  Nur Nasuha Hairulnizam,19, berkata pengalaman hari ini amat bermakna apabila melaksanakan program ziarah kasih ke rumah dan penerima sumbangan adalah masyarakat yang terdiri daripada warga emas yang mempunyai penyakit kronik.

“Sebagai generasi muda sudah pasti saya terharu melihat sendiri betapa besar pengorbanan keluarga dalam menguruskan pesakit dikalangan warga emas.

“Selain itu saya dididik untuk mensyukuri nikmat kesihatan serta kasih sayang keluarga yang sentiasa bersama dikala susah dan senang,”ujar Nur Nasuha.WhatsApp Image 2018-10-13 at 9.11.22 PM

Manakala bagi Muhammad Zulfiqar Shahizan,19, pengalaman mengikuti program ziarah kasih ini memberi kesedaran kepadanya berkaitan kasih sayang kepada ibu dan ayah.

“Saya amat bertuah dapat menyertai program ziarah kasih pada petang ini, banyak pengalaman yang diperolehi dan pasti saya akan terus membantu dalam aktiviti-aktiviti seperti ini di masa hadapan,” ujar Zulfiqar.

Warga emas,  Mat Top Md Yasin, 72, yang menghidap penyakit buah pinggang berkata kehadiran pelajar dan warga Jabatan Penerangan amat bererti dan terharu.

“Sudah lapan tahun saya menerima rawatan akibat kerosakan buah pinggang dan kita bergantung kepada ubat, syukur dan terima kasih kerana datang melawat saya,”ujar Mat Top.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian turut disampaikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Shahnon Mohamad.

 

-KN

Tinggalkan komen anda