Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanSains & Teknologi

E-Sport Bukan Lagi Aktiviti Sia-Sia

By 3 Disember 2018Mei 7th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Sukan E-Sport bukan lagi aktiviti yang membuang masa atau sia-sia malah telah menjadi industri yang mampu menjadi kerjaya kepada anak-anak muda.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien, sukan E-Sport terbukti menjanjikan pulangan lumayan apabila negara-negara luar yang menganjurkan pertandingan itu menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang.

” ia bukan sekadar kepada pemain tetapi juga kerja-kerja belakang tabir dalam menjayakan sesebuah kejohanan seperti pengaturcara komputer, pembangun dan sebagainya.

 Yahya (tiga dari kanan) melancarkan gimik perasmian Bengkel Pengenalan dan Pertandingan E-Sport Peringkat W.P Labuan

Yahya (tiga dari kanan) melancarkan gimik perasmian Bengkel Pengenalan dan Pertandingan E-Sport Peringkat W.P Labuan

” E-Sport juga mendapat tempat dalam Sukan SEA 2019, Filipina dan saya berharap Labuan dapat melahirkan pemain-pemain profesional dalam sukan E-Sport di masa akan datang,”katanya semasa merasmikan Bengkel Pengenalan dan Pertandingan E-Sport Peringkat W.P Labuan di Kompleks Ujana Kewangan, pagi tadi.

Yahya bergambar kenangan bersama tetamu jemputan dan ahli jawatankuasa program.

Yahya bergambar kenangan bersama tetamu jemputan dan ahli jawatankuasa program.

Program itu katanya diharap dapat membuka mata semua pihak untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan E-Sport demi pembangunan sukan, melahirkan atlet, fasiliti dan teknologi industri yang lebih mantap

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Labuan, Yahya Saleha.

Sementara itu tiga kategori pertandingan iaitu Pro Evolution Soccer (PES) 2018, Dota 2 dan PUBG mendapat sambutan menggalakkan daripada penggemar sukan E-Sport.

Pertandingan PUBG yang menjadi kegemaran anak muda masa kini

Pertandingan PUBG yang menjadi kegemaran anak muda masa kini

Bagi Pertandingan PES 2018 telah dimenangi oleh Azman bin Abdul Rasak, Dota 2 dijuarai oleh pasukan DCZ manakala pasukan EZ Gatka menjuarai kategori PUBG

-ER

Tinggalkan komen anda