Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Kedudukan Malaysia Dalam EF EPI Masih Baik – Maszlee

By 6 Disember 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Foto: Twitter Maszlee Malik

PUTRAJAYA, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Kedudukan Malaysia dalam EF English Profiiciency Index (EF EPI) 2018 masih baik walaupun jatuh ke tangga ke-22 berbanding ke-13 pada tahun sebelumnya, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata ini kerana pada kedudukan itu Malaysia masih dalam kumpulan yang mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang tinggi dalam kalangan 88 negara.

“Bagaimanapun kita tidak boleh berpuas hati. Kita perlu sentiasa berterusan membaiki keadaan kita.

“Bagi kementerian, kita menyedari perlunya bahasa Inggeris untuk masyarakat kita bersaing di peringkat global,” katanya ketika menjawab soalan Senator Lim Hui Ying.

Mengulas lanjut, Mazlee berkata antara program yang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris rakyat Malaysia ialah Highly Emmersive Programme dan Professional Upskilling of English Language Teachers.

“Seramai 13,971 daripad 20,957 guru yang telah menduduki ujian penguasaan bahasa Inggeris iaitu 66.67 peratus berada pada tahap C1 iaitu melebihi piawaian The Common European Framework of Reference for Languages (CEFR),” katanya. – BERNAMA

Tinggalkan komen anda