Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurPutrajaya

ECRL Mungkin Boleh Diteruskan, Tetapi Dalam Skala Kecil – PM

By 3 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang digantung pembinaannya pada Julai tahun lalu berkemungkinan mampu diteruskan dalam skala yang lebih kecil sekiranya China bersetuju dengan langkah berkenaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dan China masih membincangkan perkara berkenaan dan sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian terbaik.

“Apa yang kita cuba lakukan kini adalah memastikan kita tidak berbelanja terlalu besar dan China tidak mengalami kerugian,” katanya kepada Sin Chew Daily, kelmarin.

Menurut beliau, Malaysia kini dalam dilema sama ada ingin membatalkan projek ECRL atau meneruskannya dengan perbelanjaan yang besar.

“Malaysia bagaimanapun akan cuba sedaya upaya untuk meminda projek berkenaan atau mencari alternatif lain.

“Kita sedang berunding secara rasmi atau tidak rasmi bersama mereka (China). Bagi mereka, jika ia adalah kontrak yang menguntungkan, mereka tidak mahu melakukan sebarang perubahan,” katanya.

Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada 9 Mei tahun lalu, Pakatan Harapan (PH) yang kini diketuai oleh Dr Mahathir berjanji untuk menamatkan projek ECRL memandangkan kontrak dan terma pinjaman tidak menguntungkan Malaysia.

“Tetapi, perkara ini tidak mudah untuk dilaksanakan kerana kita terikat dengan kontrak. Ini kerana kita tidak mempunyai wang untuk membayar China… kita sudah pun membayar sejumlah wang kepada China selepas penangguhan itu,” katanya. – BH Online

Tinggalkan komen anda