Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

KPDNHEP Negeri Melaka Pupuk Kesedaran Keselamatan Petroleum

By 27 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto : M Zakry Chan

BUKIT KATIL,  27 Jan (Malaysiaaktif) – Program Kesedaran Keselamatan Petroleum anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Melaka telah diadakan di Niasa Gemilang Sdn Bhd,  Stesen Minyak Petronas Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, semalam.

Pelbagai acara diadakan antaranya ceramah Hak Pengguna dan Undang-Undang, penukaran minyak enjin motosikal secara percuma, isian minyak petrol motosikal percuma dan taklimat keselamatan di stesen minyak dan pengendalian gas memasak.

Menurut seorang pengguna, Khairul Saad,23, program ini amat bagus dan perlu diadakan setiap tahun untuk menambah pengetahuan pengguna berkaitan keselamatan.

Servis motosikal secara percuma antara yang mendapat sambutan pengunjung.

“Pemahaman saya dalam soal keselamatan dapat ditingkatkan melalui program ini, seperti mana kita tahu kawasan stesen minyak ini amat berisiko namun ramai pengguna masih tidak menghiraukan faktor-faktor keselamatan,”ujarnya.

Program telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPDNEP, Datuk Muiz Abd Aziz, turut bersama   Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekselutif Petronas Dagangan Berhad,  Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohamed Tahir.

 

-KN

Tinggalkan komen anda