Skip to main content
HomeJohor

I Am And I Will Dan #fightlikejalil Kata Semangat Bagi Pesakit Kanser

By 25 Februari 2019Tiada komen4 minit bacaan
Laporan/foto: Siti Nabila Bohari & Nor Adilah Abdullah/Sharifah Alia Syed Nasir (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 25 Feb (MalaysiaAktif) ā€“ I Am And I Will #FightLikeJalil dipilih menjadi tema sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Johor tahun 2019, di sini semalam.

Tema ini memberi penekanan tentang tanggungjawab seorang individu supaya mempunyai peranan dan komited dalam mengambil tindakan untuk berjuang menghindari kanser dan sebarang kemudaratan akibat kanser.

Kanser kini merupakan penyebab kedua tertinggi kematian dalam kalangan rakyat Malaysia. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, tiga jenis kanser yang tertinggi di kalangan lelaki di Malaysia adalah kolorektal (16.4%), paru-paru (15.8%) nasopharynx (8.1%). Manakala bagi golongan wanita pula adalah kanser payudara (32.1%), kolorektal (10.7%) dan serviks (7.7%).

Beban penyakit kanser dijangka akan meningkat disebabkan oleh prevalen faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Diseases atau NCD) seperti merokok, minum alcohol dan kurangnya aktiviti fizikal selain populasi yang menua. Aspek penting ditekankan adalah pengesanan kanser pada peringkat awal. Dianggarkan 60% kanser di Malaysia dikesan pada tahap yang lewat (Tahap tiga dan empat). Kelewatan ini selalunya mengakibatkan kesukaran untuk sembuh dan bebas dari kanser.

Dr.Sharuddin Jamal semasa memberikan ucapan perasmian

Dr.Sharuddin Jamal semasa memberikan ucapan perasmian

Bersesuaian dengan tema sambutan yang dipilih, I Am And I Will, masyarakat diseru agar mengambil kesempatan untuk menjalani ujian saringan kanser yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Rawatan awal meningkatkan peluang untuk sembuh dan membolehkan peluang jangka hayat pejuang kanser.

Di Negeri Johor sendiri pelbagai usaha dilakukan untuk pesakit kanser mendapatkan rawatan. Antaranya adalah Pusat Rawatan Onkologi Hospital Sultan Ismail yang memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan pesakit kanser di seluruh negeri Johor.

Selain itu, penglibatan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) telah berjaya membantu ramai pesakit kanser yang kurang berkemampuan di negeri Johor yang membabitkan bantuan bernilai RM5.77 juta. Pertubuhan ini juga sering menganjurkan lebih 115 program kesedaran kanser, program mengumpul dana, lawatan ke rumah pesakit kanser dan bengkel sukarelwan dengan jayanya. Malahan terdapat Kompleks Yayasan Tunku Laksamana Johor di Hospital Permai, Wad Hematologi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor di Hospital Sultanah Aminah dan Pusat Rawatan Onkologi Tunku Laksamana Johor di Hospital Pakar Sulatanah Fatimah di Muar merupakan sumbangan pihak YKTLJ kepada jabatan kesihatan Negeri Johor khususnya untuk rakyat Johor.

ā€œTambahan lagi, Kerajaan Negeri Johor telah menyediakan Skim Peduli Sihat untuk kumpulan B40 (PeKa40) yang akan dilaksanakan pada Mac 2019. Skim ini menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, bantuan perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutanā€. Ujar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, Dr.sahruddin Jamal, dalam ucapan perasmian beliau sempena sambutan Hari Kanser sedunia peringkat negeri Johor 2019 di Paradigm Mall, Johor Bahru.

Menurut beliau lagi, terdapat Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam yang diperkenalkan untuk membantu golongan B40 mendapatkan perlindungan perubatan dalam bentuk kewangan apabila berlaku kecemasan atau masalah kesihatan untuk 36 jenis penyakit kritikal, yang turut merangkumi kanser. Kedua-dua skim ini telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan bebanan kos rawatan dan meningkatkan kualiti hidup kumpulan B40.

persembahan dari pesakit kanser

persembahan dari pesakit kanser

ā€œI Am a politician and I will support cancer prevenetion and awareness programsā€ ujar beliau dalam penutup ucapan perasmian dan menyahut tema I Am and I Will yang diangkat pada tahun ini dan mengajak seluruh masyarakat agar peka dengan kesihatan serta sentiasa menjalani saringan untuk memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik seterusnya memberi manfaat kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

Menyedari pentingnya semangat untuk terus sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa, seorang kakitangan kerajaan, Shahdariah Ismail, 38, berkata sebaik disahkan menghidap kanser darah (pre-b cell acute lymphoblastic leukemia) pada mulanya merasakan kehidupannya akan berakhir. Perasaan takut semakin mendalam apabila melihat tiga anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu.

Beliau yang mempunyai anak berumur antara empat hingga 12 tahun ini semakin positif setelah hampir setahun lebih menghadapi kanser. Keluarga dan kawan- kawan terdekat adalah pembakar semangat beliau untuk terus berjuang melawan penyakit ini.

Beliau berkata, usaha itu menolak tanggapan masyarakat secara umumnya menganggap pesakit kanser tahap empat tidak ada harapan meneruskan hidup.
Golongan ini dikatakan hanya menanti kematian.

Katanya, pesakit perlu melalui sesi kaunseling dengan doktor pakar dan bagi pesakit wanita perlu mendapatkan pandangan suami atau orang terdekat sebelum meneruskan rawatan kimoterapi.

Shahdariah (tengah tudung kelabu) bersama rakan-rakan pesakit kanser

Shahdariah (tengah tudung kelabu) bersama rakan-rakan pesakit kanser

ā€œSejak menghidap kanser setahun lalu, saya memperoleh banyak pencapaian. Anak saya kini berusia empat, sembilan dan dua belas tahun. Saya gembira melihat mereka membesar. Saya sangat berharap dapat melihat mereka menjadi orang dewasa yang berguna dan bertanggungjawab,ā€ kata Shahdariah.

Bersempena Sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat Negeri Johor 2019 turut diadakan pelbagai acara menarik. Sambutan diadakan di Paradigm Mall Johor Bahru selama 2 hari bermula 23 Februari 2019.

Antara acara yang diadakan memeriahkan sambutan adalah pertandingan senamsihat, acara aerobik, pertandingan doodles, aktiviti perkongsian pengalaman pejuang kanser, program, Walk All Over Cancer, dan Seminar kesedaran kanser Program Apa Kata Doktor.

Manakala bagi sambutan peringkat daerah pula turut diadakan pertandingan video pendek sekolah menengah untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan dan kesedaran penyakit kanser dalam kalangan pelajar sekolah. Pertandingan ini mendapat 18 penyertaan di seluruh negeri Johor dan SMK Sungai Tiram telah menjadi Johan pertandingan.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian tersebut, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Datuk Mohd Khairi Yakub, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Datuk Amran A.Rahman.

EM

Tinggalkan komen anda