Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

MPKK Digesa Lebih Cekap dan Berkesan – Mukhriz

By 25 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Noor Faeizah/Syed Ahmad Farhan (Kubang Pasu)

KUBANG PASU, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyeru kepada semua pemimpin tempatan agar komited, sabar dan amanah dalam menjalankan tugas.

“Kerajaan yakin dan percaya dengan adanya kursus ini, ia mampu memperkasa ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) supaya lebih berintegriti, cekap dan berkesan,” katanya semasa merasmikan Majlis Bersama Pemimpin sempena Kursus Induksi Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dewan Wawasan Jitra, di sini semalam.

Md Rodzi Saidin, 52, salah seorang peserta kursus yang ditemui menyuarakan rasa teruja dan merakamkan penghargaan kerana berpeluang mempelajari pelbagai ilmu.

“Banyak informasi berkenaan sistem profil kampung, pengurusan dan minit mesyuarat, aplikasi iDesa, pengurusan kewangan dan inventori dipelajari semasa menghadiri kursus ini,” ujarnya yang berasal dari cawangan Kodiang Lama Dalam.

Tidak terkecuali Nor Affriza Ismail, 37, menyatakan sebagai setiausaha di peringkat cawangan, banyak manfaat yang beliau perolehi.

“Saya ingin membuktikan peranan wanita juga mampu melestarikan pembangunan komuniti kampung walaupun dalam kumpulan yang kecil,” ujarnya ketika menerima watikah lantikan dan sijil peserta kursus di 12 daerah di seluruh negeri Kedah.

Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad.

-SH

Tinggalkan komen anda