Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Kebolehpasaran Tenaga Kerja Bidang Teknikal Amat Menggalakkan

By 28 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto : Nurul Wahida Mohamad Noor (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Revolusi Industri 4.0 telah melonjok bidang teknikal di Malaysia menjadi salah satu bidang pekerjaan yang menjadi pilihan masa kini.

Dahulunya sektor pekerjaan ini dimonopoli oleh kaum lelaki namun sejak kebelakangan ini kaum wanita telah berani menyahut cabaran untuk bersaing dalam sektor tersebut. Fenomena ini telah merancakkan pembangunan ekonomi Negara sekaligus mewujudkan persaingan yang sihat.

Ini terbukti dengan inisiatif-inisiatif baru sebagai hasil kerjasama dengan industri misalnya Syarikat First Solar Malaysia Sdn Bhd dengan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam dalam menganjurkan kursus jangka pendek kepada pekerja yang terpilih dalam meningkatkan kemahiran serta me buka laluan kerjaya yang lebih luas.

Barisan graduands IKTBN

Barisan graduands IKTBN

Rundingan kerjasama antara First Solar Sdn Bhd dan IKTBN Bukit Mertajam bermula sejak Oktober 2016 dan hasil rundingan telah mencetuskan idea untuk melaka akan Program Diploma Kemahiran melalui kaedah PPT.

Seramai 92 orang kakitangan First Solar telah berjaya memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam jurusan Teknologi Mekatronik diraikan dalam Majlis Konvokesyen Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), First Solar (M) Sdn Bhd bagi kali ke-4 di The Light Hotel Seberang Jaya semalam.

Normasayu Abd Rani yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik berkata beliau bersyukur dan berterima kasih di atas penganugerahan yang diberikan dan akan terus berusaha untuk maju serta merubah kehidupan dia sekeluarga.

Perasmian oleh YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Perasmian oleh YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia

YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dalam ucapannya berkata melalui Program Pemeriksaan Transformasi ILKBS 2017-2020 telah mewujudkan inisiatif kerjasama dan persefahaman erat ‘smart partnership’ di antara Institut dengan pihak industri dan sehingga Januari 2019 sebanyak 41 MOU peringkat nasional dan 192 MOU peringkat ILKBS telah dimeterai dan dilaksanakan antaranya bersama Petronas, Samsung, SDIEM, Prasarana Berhad, Tan Chong Motor, Mercedes dan Gamuda Berhad.

Melalui pelbagai inisiatif kerjasama strategik ini juga telah membuka peluang kepada ILKBS untuk mempelbagaikan kaedah latihan kepada para belia seperti program PPT, Bootcamp dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bersama pihak industri. Pihak KBS amat menghargai penglibatan daripada industri seperti First Solar Sdn Bhd yang sedia berkerjasama dengan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) khususnya IKTBN Bukit Mertajam.

Turut hadir bersama adalah YBhg Dato’ Png Soo Hong, Timbalan Presiden First Solar Sdn Bhd, YBhg Dato’ Dr. Hajah Wasitah Hj Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan juga YBrs Tuan Haji Mohd Sukimi Mat Salleh, Pengarah IKTBN Bukit Mertajam.

Tinggalkan komen anda