Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

28 Etnik Sertai FKAT 2019, Pamer Keunikan Budaya

By 23 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Jusman Hedoh/Azuary Abdul Azis (Tawau)

TAWAU, 23 Mac (Malaysia Aktif) – 28 etnik menyertai pameran Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2019 Kali Ke-8 yang mempamerkan keunikan budaya masing-masing.

Alijus (tengah) merasmikan gerai pameran FKAT 2019

Alijus (tengah) merasmikan gerai pameran FKAT 2019

Menurut Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Alijus Sipil bukan mudah untuk menghimpunkan semua etnik untuk tampil mempamerkan budaya mereka.

“Melalui pameran ini mereka dapat menonjolkan keunikan budaya masing-masing dari segi pakaian, tarian dan juga makanan tradisi kepada generasi muda.

Keunikan pakaian tarian dan perkahwinan Etnik Cocos dan barangan lama

Keunikan pakaian tarian dan perkahwinan Etnik Cocos dan barangan lama

“Diharapkan juga etnik yang ada di daerah ini dapat terus diperkenalkan kepada semua pengunjung sama ada masyarakat di Tawau mahupun pelancong luar yang berkunjung ke FKAT 2019.

“Penyertaan pada malam kemuncak acara festival ini juga akan mempersembahkan tarian budaya masing-masing dengan dua penampilan khas iaitu dari Indonesia dan Thailand,” ujar Alijus.

Keunikan pakaian tarian dan perkahwinan Etnik Cocos dan barangan lama

Keunikan pakaian tarian dan perkahwinan Etnik Cocos dan barangan lama

Alijus yang juga Pengerusi FKAT turut mengingatkan para pengunjung yang hadir ke festival tersebut agar dapat menjaga kebersihan dan keindahan bandar Tawau agar sentiasa kelihatan indah di mata para pengunjung yang datang.

Antara etnik yang menyertai pameran pada FKAT 2019 ialah Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT), Kadazan Dusun, Tidung, Bugis, Cocos, Idahan, Iranun, Suluk, Bajau Samah, Bulungan, Cina, Bajau, Iban, Timor, Banjar, Wakatobi, Dayak Kenyah, Menado, Toraja, Lundayeh, Jawa, Melayu Muna, Visaya, Khan, Persatuan Kababayan Sabah, Buton, Penan dan Murut.

oramli (kiri) memberi penerangan kepada pengunjung.

Nuramli (kiri) memberi penerangan kepada pengunjung.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pecos Cawangan Bandar Tawau, Nuramli Mohammad menyambut baik langkah jawatan kuasa FKAT menganjurkan pameran seumpama ini saban tahun kerana ia dapat memperkenalkan keunikan budaya yang ada di Tawau kepada dunia luar.

Jelasnya lagi, pameran ini juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai etnik-etnik yang ada di daerah ini di samping kita dapat mempamerkan barangan etnik kepada masyarakat.

Norshakila Asmara(kanan)

Norshakila Asmara (kanan)

Dalam pada itu, menurut peniaga, Norshakila Asmara, dari segi ekonomi, penganjuran FKAT ini banyak membantu penjaja-penjaja kecil untuk meningkatkan pendapatan mereka termasuk dirinya yang mengambil peluang untuk membuka gerai barangan terpakai.

EM

Tinggalkan komen anda