Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Ekspo Pendidikan Dan TVET Buka Peluang Belia Lanjut Pelajaran

By 23 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Abd. Aziz Osman (Seberang Perai Tengah)

PERAI, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih berfikir-fikir di manakah tempat yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran bolehlah hadir ke Ekspo Pendidikan dan TVET yang berlangsung selama 2 hari bermula 23 hingga 24 Mac ini bertempat di aras bawah Pasaraya Mydin Mall, Bukit Mertajam.

Program ini merupakan hasil usaha Pejabat Timbalan Ketua Menteri 2 negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri bagi memberi peluang kepada golongan belia lepasan SPM mendapatkan khidmat nasihat dan memilih tempat untuk mereka melanjutkan pelajaran.

Ramasamy ketika berucap merasmikan program Ekspo Pendidikan dan TVET hari ini

Ramasamy ketika berucap merasmikan program Ekspo Pendidikan dan TVET hari ini

Sebanyak 33 Pusat Pengajian Tinggi awam dan swasta yang terdiri dari bidang akademik dan latihan kemahiran hadir membuka booth selama dua hari di sini bermula hari ini.

Jumlah itu terdiri daripada empat Institut bidang kemahiran awam, dua kolej awam, empat universiti awam dan selebihnya terdiri dari kolej dan universiti swasta dalam bidang akademik, kemahiran dan perubatan.

Tina Lim Swee dari Fakulti Sains Sosial (Quest International Universities) ketika menyampaikan ceramah berkenaan Jurusan Sains Sosial

Tina Lim Swee dari Fakulti Sains Sosial (Quest International Universities) ketika menyampaikan ceramah berkenaan Jurusan Sains Sosial

Turut hadir membuka kaunter booth pameran ialah dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan antara yang dipromosikan ialah produk utama agensi itu iaitu SSPN dan SSPNi Plus selain turut juga memberi informasi kepada pengunjung berkenaan pinjaman PTPTN.

Program dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang Professor Dr. P. Ramasamy dan dalam ucapannya, beliau mengajak warga lepasan sekolah khususnya SPM agar beramai-ramai hadir mengambil peluang yang telah disediakan.

“Kerajaan Pulau Pinang memang komited dalam membantu sedaya mungkin warga belia melanjutkan pelajaran samada dalam bidang akademik mahupun TVET.

SLC Auto Academy antara yang menarik perhatian dengan menawarkan pengajian beserta pinjaman yuran

SLC Auto Academy antara yang menarik perhatian dengan menawarkan pengajian beserta pinjaman yuran

“Kerajaan juga tetap memberi perhatian terhadap isu golongan siswazah yang masih tidak mendapat pekerjaan setelah tamat belajar,” ujarnya.

Kerajaan negeri merancang akan mengadakan beberapa siri ekspo kerjaya pada tahun ini, antaranya 29 hingga 30 Jun 2019 bertempat di Seberang Perai Arena dan 7 hingga 8 Disember bertempat di Setia Spice Convention Centre, Bayan Lepas.

EM

Tinggalkan komen anda