Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

AADK Rangka Pelan Mendepani Revolusi Industri 4.0

By 7 Mac 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Abd.Aziz Osman (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MINYAK, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Semua pihak di negara ini digesa harus bersedia bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 dimana kemunculan teknologi menyebabkan terjadinya beberapa impak dalam pelbagai bidang dan corak kehidupan manusia secara begitu drastik.

Begitulah inisiatif yang akan diambil oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendepani Revolusi Industri 4.0, dalam isu Penyalahgunaan dadah. Agensi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan dalam mengatasi permasalahan berkaitan penyalahgunaan dadah ini sudah pastinya lebih mencabar kerana ianya bukan setakat dilihat dari satu sudut malah perlu dilihat dari banyak sudut bermula,dari pencegahan,pemulihan,dan perkara yang paling sukar ialah bagaimana memastikan penagih tidak kembali menagih setelah menerima rawatan di pusat Pemulihan atau dalam istilah (relapse) seterusnya kesan kepada diri si penagih,institusi masyarakat hingga kesan kepada negara amnya.

Dato'Seri Zulkifli Abdullah Ketua Pengarah AADK ketika memberi ucapan di Program Tempat Kerja Bebas Dadah di JMTI,Bukit Minyak

Dato’Seri Zulkifli Abdullah Ketua Pengarah AADK ketika memberi ucapan di Program Tempat Kerja Bebas Dadah di JMTI,Bukit Minyak

Menyedari hakikat itu sempena Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Negeri Pulau Pinang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan negeri Pulau Pinang hari ini mengadakan satu siri Forum bertajuk Tempat Kerja Bebas Dadah iaitu salah satu skop yang diberi tumpuan oleh AADK. Program telah berlangsung di Audiotorium Jepun Malaysia Teknikal Institut (JMTI) Bukit Minyak daerah Seberang Perai Tengah sebentar tadi.

Forum ini memfokuskan kepada peluang pekerjaan kepada bekas-bekas penagih. Mengikut statistik yang direkodkan Agensi itu terdapat hampir 5,027 orang kena pengawasan (OKP) di Pulau Pinang. Perkara yang dibincangkan ialah bagaimanakah kaedah bagi meyakinkan majikan-majikan yang terdiri dari pihak-pihak  swasta dan sektor-sektor perniagaan dapat memberi peluang kepada kumpulan ini, kerana persepsi buruk majikan terhadap golongan ini sehinggakan ramai majikan dari pihak swasta dan sektor perniagaan sanggup menggajikan pendatang asing daripada warganegara sendiri  menyebabkan negara terpaksa menanggung aliran tunai negara keluar yang terlalu banyak hingga mencecah ratusan ribu sebulan, dalam mengatasi masalah ini sudah pastinya suatu usaha kerjasama antara pihak pihak seperti AADK , Jabatan Tenaga Kerja dan majikan sangat penting.

Antara ahli panel forum yang dijemput ialah Dr.Sabri Zainal Timbalan Pengarah bahagian AADK,Dato’Dr.Ooi Eng Hock Federation Of Malaysia Manufactoring dan Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Kementerian Sumber Manusia Pulau Pinang. Hasil rumusan forum akan diangkat kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya.

Forum Khas berkaitan kerjasama antara Jabatan Perhubungan Perusahaan dan AADK serta Pengerusi Persatuan Pengilang Negeri Pulau Pinang

Forum Khas berkaitan kerjasama antara Jabatan Perhubungan Perusahaan dan AADK serta Pengerusi Persatuan Pengilang Negeri Pulau Pinang

Program dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato Mahfuz Omar Mahfuz dalam sidang medianya turut memberi cadangan supaya mereka-mereka (OKP) ini juga harus diberi peluang bekerja bukan sahaja disektor swasta malah dalam sektor kerajaan juga sekiranya mereka layak. Walaubagaimanapun perkara ini sudah pastinya memerlukan kerjasama yang utuh antara pihak AADK, Kementerian Sumber Manusia dan majikan itu sendiri kerana masalah utama yang membelenggu pihak AADK ialah penagih kembali menagih walaupun sudah pulih hampir beberapa tahun. Walaubagaimanapun semua pihak digesa harus bertanggungjawab memberi mereka ini peluang bekerja kerana mereka ini juga merupakan rakyat malaysia yang seharusnya diutamakan dari warganegara asing.

Hadir sama ialah,Ketua Pengarah AADK Dato’Seri Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Azhan Nik Abd.Hamid.

Tinggalkan komen anda