Skip to main content
HomeJohor

Penceramah Bakal Digelar Pegawai Sakinah

By 7 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Mohamad Niazi Ismail (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 33 orang bakal penceramah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) dari seluruh daerah di Negeri Johor menyertai TOT Modul Bersepadu Pra Perkahwinan yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Johor (YPK) di Dewan Serbaguna Bangunan Dato’ Abd. Rahman Andak di Kota Iskandar kelmarin.

TOT Modul Kursus Pra Perkahwinan yang dianjurkan bertujuan memberi pendedahan awal serta panduan kepada bakal penceramah YPKDT memberi ceramah dalam Kursus Pra Perkahwinan yang dianjurkan oleh YPKDT.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan, Aminolhuda Hassan berkata, “Modul Kursus Pra Perkahwinan ini adalah satu pendekatan baru berdasarkan pada yang lama dengan penambahan yang lebih baik daripada pihak JAKIM dan Jabatan Agama Islam Johor”

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan, Aminolhuda Hassan bersama- sama peserta kursus

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan, Aminolhuda Hassan bersama- sama peserta kursus

Tambah beliau, “Modul Kursus Pra Perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang berkaitan tetapi juga bagi mewujudkan tadbir urus yang cekap dan menepati kehendak masyarakat serta kerajaan mengikut garis panduan dari JAKIM  dan Jabatan Agama Islam Johor” ujarnya.

Jelasnya lagi, “bakal penceramah kursus ini bergelar Pegawai Sakinah terdiri dari mereka yang berpengalaman dari sudut pentadbiran, bekas guru di samping orang muda yang berkemahiran dalam bidang berkaitan agama.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Mohd Helmi turut berkata “Dalam melaksanakan hasrat Kerajaan Negeri melalui agenda “Menjunjung Agama Islam dan Memertabatkan Ummah” YPKDT sentiasa komited memastikan agenda perdana ini direalisasikan di semua peringkat masyarakat. Melalui Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Johor yang diajarkan kepada semua pasangan Islam yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Kerajaan Negeri melalui YPKDT akan terus aktif dalam menyebarluaskan intipati Modul Keluarga Sakinah yang bermula daripada alam perkahwinan iaitu kemahiran persediaan keibubapaan sehinggalah ke Husnul Khatimah.

Ujar beliau lagi “YPKDT sentiasa mengambil langkah proaktif dengan mengadakan kursus atau latihan kepada bakal-bakal penceramah kursus Pra Perkahwinan Islam yang akan dilaksanakan kelak.

Mohd Ridhwan samsudin dr YPKDT

Mohd Ridhwan samsudin dr YPKDT

Juri,  Azzuwan Kamarudin, 38, dari Pontian berkata,  Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan ini adalah baik bagi mereka yang bakal bergelar penceramah kursus kahwin disebabkan tenaga pengajar kursus terdiri daripada mereka yang berpengalaman, mahir selok-belok berkaitan perkahwinan dalam Islam. Ilmu yang dicurahkan kepada bakal penceramah perlu dipraktikkan sebaik mungkin ketika berhadapan dengan bakal-bakal suami isteri ketika kursus kahwin.

Mohd Ridhwan Samsudin, 30, dari YPKDT, juga berpendapat Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan   ini adalah baik dan salah satu usaha dari kerajaan negeri bertujuan memantapkan serta mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Bagi melayakkan bakal penceramah bergelar motivator bagi kursus perkahwinan satu ujian peperiksaan berkaitan komunikasi serta pencapaian berkesan akan diadakan ketika kursus.

Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan ini diharapkan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan penceraian yang dihadapi oleh pasangan Islam di Johor.

EM

Tinggalkan komen anda