Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Hubungan Baik Penjawat Awam, Kerajaan Mampu Bangunkan Semula Negara

By 25 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto :  Shahfuri Saidan & Ashraf Ahmad Jarkasi (Selangor)

SERDANG,  25 Mac 2019 (Malaysiaaktif)- Kerjasama erat antara penjawat awam dan kerajaan mampu membangunkan semula negara dalam menuju sebuah negara maju pada tahun 2025, ujar YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau berucap pada  Majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS Bersama Perdana Menteri di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut merayu agar semua perlu bersabar, memandangkan selepas peralihan kuasa daripada kerajaan terdahulu, kerajaan sedang berusaha untuk mengatasi hutang negara yang mencecah RM 1 trillion.

Tambah beliau,”Seluruh anggota kerajaan perlu ikat perut sedikit supaya kita boleh bayar hutang dan selesai hutang, barulah kita boleh berbelanja terutamanya yang membabitkan kos sara hidup”.

Tun Mahathir juga berkata kerajaan dijangka dapat mengurangkan hutang negara selewat-lewatnya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Beliau turut mengalu-alukan sikap yang ditunjukkan oleh ahli Cuepacs yang sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan dalam menangani permasalahan yang melibatkan penjawat awam di negara ini.

Turut berlangsung pada program tersebut adalah Majlis Pelancaran Kerjasama Strategic CUEPACSCARE dengan Pos Malaysia yang merupakan inisiatif CUEPACS bagi memastikan setiap Penjawat Awam Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful.

Turut hadir pada pelancaran tersebut ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Datuk Haji Azih bin Muda, Presiden CUEPACS.

-NAZ

Tinggalkan komen anda