Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

Golongan Belia Perlu Rebut Peluang Miliki Rumah Sendiri

By 25 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto: M Zakry Chan (Melaka)

DURIAN TUNGGAL, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Agenda pembangunan terpenting dalam meringankan bebanan kehidupan rakyat adalah menambah pembangunan projek perumahan mampu milik yang menjadi keperluan asas kepada setiap manusia.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata pembangunan rumah mampu milik telah memberi peluang dan manfaat yang besar kepada golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah sendiri.

“Kerajaan negeri memberi kerjasama sepenuhnya seiring dengan hasrat kerajaan persekutuan untuk merealisasikan pembinaan satu juta rumah dalam tempoh sepuluh tahun pentadbiran kerajaan.

“Sebanyak 280 unit rumah belia sedang dibina di Bukit Tambun, Durian Tunggal oleh pemaju Scientex Heights Sdn Bhd dengan harga ditetapkan kerajaan RM180,000 seunit namun pihak pemaju bersetuju memberi pengecualian bayaran wang pendahuluan sepuluh peratus bernilai RM18,000 dan juga yuran guaman sebanyak RM7,000.

“Oleh itu saya menggesa golongan belia untuk mengambil peluang ini untuk memiliki rumah yang berkualiti pada harga mampu milik,”tambah Adly Zahari ketika merasmikan Pelancaran Rumah Belia Melaka Jumaat lalu, bertempat di Bukit Tambun.

Pekerja swasta, Sufian Mansor,29, berkata pendekatan ini amat baik dan menggalakkan golongan belia untuk memiliki rumah pada usia muda.

“Saya berharap golongan belia rebut peluang ini kerana nilai hartanah semakin lama semakin meningkat selain itu saya berharap kerajaan pergiatkan lagi pembangunan projek rumah belia ini di kawasan-kawasan lain,”ujar Sufian.WhatsApp Image 2019-03-22 at 22.28.14

 

-KN

Tinggalkan komen anda