Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Komunikasi Bersemuka Masih Menjiwai Rakyat

By 15 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Fhoto: Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 15 Mac (Malaysiaaktif) -Walaupun ada yang beranggapan pendekatan komunikasi bersemuka (turun padang) satu pendekatan lapuk tetapi bagi Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, kaedah ini masih releven dan sesuai bagi mendekati masyarakat dalam memperkukuhkan silaturahim dan perpaduan. Ianya boleh menjiwai masalah rakyat dengan lebih berkesan, dirasai dan difahami sendiri.

Thanaletchumi govindasamy, 41, berkata pertemuan secara bersemuka dalam kumpulan sasar memastikan segala masalah serta keperluan rakyat dapat dipantau dan diambil tindakan. Ini bagi mengatasi masalah serta menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan secara langsung kepada rakyat.

Interaksi Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu dan masyarakat India Kota Bharu dalam Program Sivik Jiwa Murni, di sebuah resort di sini, secara langsung mampu mewujudkan hubungan harmoni yang menjadikan proses penyampaian serta penerimaan dengan lebih jelas.

Lingheswaran Muniandy, 23, Pelajar Perubatan Tahun empat USM Kubang Kerian pula beranggapan komunikasi bersemuka dalam kelompok kecil sebegini adalah yang terbaik. Kita akan lebih memahami, walaupun jumlah kaum india di Daerah Kota Bharu amat kecil, masyarakat india sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur yang sangat tinggi dan mudah bergaul dengan berbilang masyarakat di sini.

Beliau amat berterima kasih kerana tidak mengabaikan masyarakat india di sini. Hubungan melalui komunikasi bersemuka perlu diteruskan dan tidak hanya bermusim diamalkan semasa pilihanraya sahaja.

“Kepentingan media baru yang turut digunakan sebagai medium menyampaikan maklumat kerajaan tidak dapat dinafikan. Pendekatan dengan cara mengedarkan bahan-bahan penerbitan juga berkesan dan perlu diteruskan supaya mesej sampai kepada masyarakat.” ujarnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda