Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Kaya di Usia Muda

By 15 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: NorFadzlina Ahmad Fadzli (Kota Bharu Kelantan)

KOTA BHARU, 15 Mac (Malaysiaaktif)- Hanya bermula dengan modal sebanyak RM10,000 ribu pinjaman dari TEKUN Nasional, pengedar kosmetik murah, Lili Shawanis, 26, mampu menjana nilai jualan berjumlah RM400,000 pada penghujung bulan Februari.

Berkongsi kisah, Lili berkata selain perniagaan kosmetik, perniagaan baju t-viral dalam talian membuahkan hasil yang lumayan kerana mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Dahulu saya hanya ada satu kedai sahaja, tetapi kini saya mempunyai tiga cawangan sekitar Bandar Kota Bharu dan Pasir Puteh.

“Memang tidak cukup tangan untuk saya melakukan perniagaan ini berseorangan. Saya mempunyai lima orang pekerja untuk membantu proses penghantaran dan pembungkusan bekalan.” jelasnya.

Tambah Lili, peniaga perlu bijak mengambil peluang dan mengikut trend semasa untuk memperoleh keuntungan.

“Saya gunakan platform media sosial seperti akaun Instagram dan facebook bagi melariskan jualan.”ujarnya.

Sementara itu, menurut salah seorang pekerja, Asmieha Sairan, 26, seawal pukul 10 pagi, tugasnya adalah menguruskan bahagian pembeli atas talian dan merekod transaksi keluar masuk stok.

“Hari selasa merupakan hari yang paling sibuk kerana stok dari pembekal akan sampai di kedai seawal pukul 9 pagi. Manakala, pemborong akan mula menyerbu stok yang baharu sampai bermula pukul 11 pagi,” katanya yang telah bekerja selama empat tahun.

Bagi Norzil Izaty Maliki, 27, pemborong baju t-viral sanggup bertolak dari Jeli seawal pukul 7 pagi agar dapat tiba awal di Kota Bharu bagi merebut peluang memilih sendiri baju t-viral yang baru sampai setiap minggu.

“Saya sanggup datang ke Kota Bharu setiap minggu bagi mendapatkan pelbagai corak baju t-viral dengan harga serendah RM4.50 sehelai samada secara borong atau runcit,”jelasnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda