Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Medan Patriotik Mencabar Keberanian Diri

By 24 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto : Suhaimi Nik Wil/Zulfadli Abd Hamid (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Pertandingan Pidato Kenegaraan adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Krai.

Seramai enam orang peserta dengan kehadiran 50 orang tetamu memeriahkan program ini bermula pukul sembilan pagi hingga pukul 12 tengah hari.

Setiap Pejabat Penerangan Daerah akan berperanan menganjurkannya di seluruh negara.

Ini adalah usaha berterusan jabatan untuk memastikan semangat patriotik di kalangan rakyat malaysia terus tertanam dan menyala di sanubari.

Sebagai negara majmuk yang didiami oleh pelbagai bangsa, berbeza agama dan warna-warni budayanya memang memerlukan keutuhan semangat perpaduan serta persefahaman yang tinggi.

Malaysia yang terbina hasil dari permuafakatan antara kaum ini perlu terus dipertahankan kekal aman makmur dan sejahtera buat selama-lamanya.

Menurut Siti Nur Shaira Mohd, 22, seorang peserta pidato, “Inilah buat pertama kalinya saya menyertai pertandingan pidato, saya sebenarnya sangat teruja dan tidak sabar rasanya untuk menyertai pertandingan saringan pidato ini, saya ingin melihat potensi diri dan sejauh manakah kemampuan diri dalam komunikasai bersemuka.”

Johan Pidato Daerah Kuala Krai, Nik Hasna Ahmad Fauzi

Johan Pidato Daerah Kuala Krai, Nik Hasna Ahmad Fauzi

“Menang dan kalah sudah menjadi adat pertandingan namun apa yang lebih penting di sini ialah pengalaman berhujah atau berpidato di depan khalayak yang mana ianya menjadi gelanggang mengasah bakat berkomunikasi dan membentuk keberanian diri di hadapan orang ramai dan sekali gus membuat kita rasa matang dan dewasa dalam kehidupan.” kata nya lagi.

Seorang lagi peserta pidato, Ahmad Fahim Naqiyudin, 17, merasa cukup bertuah kerana telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai pertandingan saringan pidato ini. Saya akan guna peluang ini untuk menimba sebanyak mana pengalaman dan memberikan persembahan terbaik agar terpilih mewakili Daerah Kuala Krai kepertandingan akhir pidato kenegaraan peringkat negeri nanti.

Pertandingan saringan Pidato Kenegaraan Peringkat Daerah Kuala Krai telah dimenangi oleh Nik Hasna Ahmad Fauzi yang berpidato dengan tajuk Budi Bahasa Budaya Kita.

“Saya secara peribadi merasa amat gembira telah dipilih sebagai pemenang dan akan mewakili Daerah Kuala Krai ke peringkat negeri.” ujarnya.

“Peranan Jabatan Penerangan menganjurkan pertandingan pidato kenegaraan ini, wajar disokong oleh segenap lapisan masyarakat. Ianya medan lontaran hujah, pandangan dan pendapat di samping melatih diri agar berani menyuarakan hak dan kebenaran tanpa merasa takut dan gerun.” jelasnya kepada Malaysiaaktif.
-NAZ

Tinggalkan komen anda