Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Lebih Ramai Orang Muda Dalam RELA

By 24 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto : Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

SHAH ALAM, 24 Mac (Malaysiaaktif) – “Orang muda adalah pewaris negara, maka semangat kesukarelawanan perlu disemat dalam sanubari mereka”, ujar Menteri Besar Selangor ketika merasmikan Sambutan Hari RELA Peringkat Negeri Selangor 2019 bertempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pembabitan orang muda dalam aktiviti sukarelawan hendaklah dipertinngkatkan untuk memastikan sikap yang baik itu tidak ditelan zaman dan mereka inilah yang akan mengisi dan mencorak masa depan negara, tambahnya.

“Dengan tertubuhnya Briged RELA Siswa Siswi atau lebih dikenali dengan RELASIS merupakan satu inisiatif yang baik dalam melebarkan jaringan aktiviti sukarelawan berteraskan keselamatan kepada anak-anak muda masa kini dan harapan saya, briged ini dapat dikembangkan ke semua institusi pengajian tinggi di seluruh negeri”, tegas Amirudin.

Amirudin turut menyatakan bahawa pentadbiran kerajaan negeri yang baik memerlukan kerjasama semua pihak untuk memperolehi keputusan dan pelaksanaan terbaik.

“Keputusan kerajaan perlu dilaksanakan dengan menyeluruh di semua peringkat dan didukung serta disokong oleh pertemuan, saranan dan keterlibatan daripada masyarakat di negeri ini”, kata beliau lagi.

Tambah Amirudin, “kerajaan negeri sentiasa berusaha mendapatkan maklum balas rakyat melalui program sukarelawan dan juga aktiviti amal yang lain seperti gotong royong dan program-program lain yang dianjurkan”.

Turut hadir adalah Pengarah RELA Selangor, Nor Zahidi Abdul Rahman. RELA ditubuhkan pada 11 Januari 1972 sebagai Pasukan Home Guard di mana pasukan ini mengumpulkan tenaga sukarelawan di seluruh negara bagi membantu kerajaan menangani masalah pengganas komunis suatu ketika dulu.

-NAZ

Tinggalkan komen anda