Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Melindungi Hutan Tanggungjawab Bersama – Paul

By 29 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Wenny Di Tian Soh (Keningau)

KENINGAU, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Paul Isidore berkata tanggungjawab untuk melindungi hutan adalah tanggungjawab bersama kerana kepelbagaian fungsi yang dapat diperoleh daripadanya.

“Hutan kita bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi lain seperti sumber ubat-ubatan, pengawalan perubahan suhu, kawasan tadahan air dan lain-lain lagi.

Ucapan perasmian oleh Paul F. Isidore.

Ucapan perasmian oleh Paul F. Isidore.

“Oleh itu, objektif utama taklimat ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap kesan dan langkah pencegahan kebakaran semasa musim kemarau.

“Masyarakat perlu memelihara khazanah hutan dengan mengimbangi keperluan pembangunan dan penjagaan alam sekitar,” ujarnya pada Taklimat Kempen Pencegahan dan Pengawalan Kebakaran Hutan akibat pembakaran terbuka Zon Pedalaman Atas, Keningau anjuran Jabatan Perhutanan Sabah.

Mudi Pengiran memberi taklimat Pencegahan Kebakaran dan Langkah-langkah Keselamatan.

Mudi Pengiran memberi taklimat Pencegahan Kebakaran dan Langkah-langkah Keselamatan.


Taklimat kempen ini merupakan taklimat yang pertama kali diadakan di Zon Pedalaman Atas, Keningau dengan kerjasama beberapa agensi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah (MET), Jabatan Alam Sekitar Sabah, Jabatan Pertanian Keningau dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau bertempat di Dewan Masyarakat Sook, Keningau.

Paul dalam ucapannya turut memuji agensi jabatan yang menganjurkan program mendekati masyarakat bagi memberi penerangan mengenai kesedaran keselamatan kebakaran kepada penduduk.

Kehadiran ketua-ketua jabatan dan dif-dif jemputan pada majlis taklimat tersebut.

Kehadiran ketua-ketua jabatan dan dif-dif jemputan pada majlis taklimat tersebut.



Dalam pada itu, Wakil Ketua Anak Negeri Mukim Lanas, Jasny Kori, 45, amat berpuas hati dengan taklimat penerangan yang disampaikan oleh penceramah kepada pemimpin masyarakat.

Menurutnya, program yang diadakan itu sangat bertepatan dengan pengalaman bencana yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini, kerana bantuan awal dapat memudahkan usaha susulan dalam memastikan operasi menyelamat turut berjalan lancar.

Sementara itu, Ketua Kampung Nandagan, Raulin Kaminsil, 54, berkata, taklimat yang diadakan ini memberi manfaat kepada mereka untuk di sampaikan kepada masyarakat kampung terutama berkenaan keselamatan kebakaran dan tatacara menangani semasa berlakunya kebakaran.

EM

Tinggalkan komen anda