Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Menarik Pukat Ikat Silaturahim

By 16 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Wan Arif Fadhila Wan Yusof /Wan Hashim Wan Muhammad (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 16 Mac (Malaysiaaktif)– Musim kemarau yang melanda negara masa ini tidak membantutkan penduduk Kampung Bukit Kechik untuk menjalankan aktiviti Program Menarik Pukat di Tasik Danau Tok Uban, Pasir Mas.

Program yang berlangsung dari pukul lapan pagi hingga 12 tengah hari ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, beramah mesra serta berkunjungan mesra dalam kalangan penduduknya.

Hasil tangkapan ikan secara gotong-royong ini akan dimasak oleh kaum ibu dan dihidangkan kepada penduduk yang hadir. Aktiviti seperti menyiang ikan, memasak dan menarik pukat melibatkan penyertaan seramai 100 orang.

Menyiang ikan untuk dimasak dan dimakan bersama-sama.

Menyiang ikan untuk dimasak dan dimakan bersama-sama.

Mohd Noor Hassan, 60, selaku ketua program berkata program ini dapat membina jaringan hubungan yang kukuh dalam kalangan penduduk walaupun dijalankan pada musim kemarau.

“Ia juga membuktikan bahawa mereka sanggup bersama dalam setiap cabaran susah dan senang,” katanya.

Rokiah Mahmud, 40, yang lebih dikenali sebagai ‘Kak Kiah’ salah seorang tukang masak dalam program ini berkata aktiviti seumpama ini diadakan bila tiba musim kemarau.

“Ini dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan kaum wanita sambil bertanya khabar kepada yang sudah lama tidak bersua,” ujar Rokiah.

-NAZ

Tinggalkan komen anda