Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Menora Seni Budaya Kita

By 29 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Un Suat Fern (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 29 Mac (Malaysiaaktif)– Menora yang berasal daripada Narathiwat suatu ketika dahulu merupakan sebahagian dari seni budaya Kelantan.

Menora juga merupakan satu bentuk teater tari rakyat yang berasal dari Selatan Thai, dipersembahkan di Kelantan dan Semenanjung Malaysia.

Menora juga dikenali sebagai ‘Manora’ dalam bahasa Thai.

Namun masyarakat kini sudah kurang bergiat aktif dalam seni ini yang menyebabkannya kian dilupakan.

Berbeza bagi masyarakat Siam Kampung Aril yang masih membuat persembahan Menora sempena Sambutan Ulang Tahun ‘Phra Kru Viriyasarngvorn’ atau dikenali sebagai ‘Phor Than Lek’ di Wat Ariyakiri, Pauh Lima.

Persembahannya masih disambut baik masyarakat tempatan tanpa mengira kaum walaupun Menora hampir ditelan zaman.

Generasi muda kini hampir tidak mengenali atau melihat persembahan tersebut kecuali melalui Google Search atau jarang – jarang sekali melalui teater pentas budaya.

Menurut  Abd Razak Ismail atau lebih dikenali ‘Ct Puspa’, 52, “Seni budaya ini perlu dikekalkan dan dipelihara serta diwarisi oleh anak cucu agar tidak ditelan zaman, budaya kita adalah identiti masyarakat kita.” ujarnya.

Menurut Ketua Penari Menora, Ning Woranard, 45, beliau bermain Menora semenjak umur lapan tahun, mula bicara berkenaan asal usul Menora dan juga merupakan Ketua Kumpulan Menora DwiBahasa dari Wat Thungka, Daerah Yingo, Narathiwat.

“Bentuk teater ini terdiri daripada unsur ritual, gerak tari yang diolah, muzik instrumental, nyanyian, cerita dan lakonan.” Tambahnya.

“Menora juga banyak dipengaruhi oleh elemen Buddha dan menjadi salah satu persembahan utama di kuil Buddha bagi masyarakat Kampung Aril.” Tambahnya lagi.

“Di Kelantan, Menora dilakukan dalam campuran dialek Thai dan tempatan yang menggabungkan bersama gerak tarian Mak Yong.” katanya mengakhiri temubual.

Seorang penonton, Madam Tan, 61, seni budaya menora memberi impak yang baik kepada masyarakat, di samping berhibur dan berehat bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan sesama jiran tetangga tanpa mengira kaum.”

“Masyarakat di Kampung Aril sering dipersembahkan dengan seni menora dan mendapat sambutan meriah oleh penduduk setempat.” ujarnya.

“Seni menora ini perlu dipertahankan bukan sahaja untuk warisan generasi akan datang malah ianya menjadi tarikan unit kepada pelancong luar Negara dan menambah versi seni budaya negara kita.” akhir bicaranya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda