Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Mercu Tanda Kayu Besar 250 Tahun

By 29 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto : Mat Wi Abdul Rahman (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 29 Mac (Malaysiaaktif)– Kampung ‘Kayu Besar’ merupakan perkampungan kecil terletak 15 km dari pusat Bandar Kota Bharu yang mempunyai keunikan nama tersendiri, di kelilingi sawah padi dan masyarakatnya hidup aman harmoni.

Di Kampung Kayu Besar, Melor, Kota Bharu ini megah berdiri sepohon kayu besar berukuran lilit pangkal 45 kaki dengan ketinggian 90 kaki berusia dijangka lebih 250 tahun lalu.

Anggaran ketinggian 90 kaki dan ukur lilit pangkalnya 45 kaki.

Anggaran ketinggian 90 kaki dan ukur lilit pangkalnya 45 kaki.

Pokok ini tidak diketahui namanya walaupun telah dirujuk di Pejabat Perhutanan Negeri.

Menurut cerita orang tua-tua, dari pokok inilah nama Kampong Kayu Besar berasal.

Pernah suatu ketika pokok ini dijual oleh tuan tanah kepada seseorang dan kemudian mahu menebangnya tetapi sempat dihalang oleh penduduk kampung serta dilaporkan kepada pihak berkuasa perhutanan.

Tindakan pantas pihak berkuasa dapat menyelamatkan pokok ini daripada kerakusan manusia yang hanya mengejar keuntungan semata.

Nik Azmi menunjukkan lubang yang terjadi dan kesan cobaan menebangnya 10 tahun lalu

Nik Azmi menunjukkan lubang yang terjadi dan kesan cobaan menebangnya 10 tahun lalu

Menurut Nik Azmi, 55, penduduk asal Kampung Kayu Besar, “10 tahun lalu pohon ini mahu dijaul oleh tuan tanah dengan harga RM15,000 kepada seseorang, namun cobaan menebangnya telah dihalang penduduk setempat, kesan pangkasan dipangkalnya, mewujudkan lubang besar yang memuatkan lapan orang dewasa berdiri di dalamnya.”

“Dahulu pokok ini dijadikan tempat pemujaan memohon pertolongan oleh penduduk setempat, namun setelah semakin ramai yang berpendidikkan dan memahami tuntutan agama maka amalan itu sudah tidak berlaku lagi.”

“Inilah hasilnya dari perkembangan pendidikan oleh pihak kerajaan dan usaha Majlis Agama Islam ke arah masyarakat yang lebih menghayati dan memahami ajaran agama.” Tambahnya lagi.

-NAZ

Tinggalkan komen anda