Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Keyakinan Pelabur Asing Bukti Kestabilan Ekonomi Negara – Mohamad

By 29 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

Β Laporan/foto : Farhana Azlin Lajis/Saiful Haidar Salleh (Langkawi)

LANGKAWI, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) hampir sampai ke penghujungnya dengan pelbagai peristiwa penting direkodkan antaranya perjanjian perniagaan yang mencecah RM4 bilion.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, menjelaskan jumlah memorandum persefahaman (MOU) dan kontrak yang telah ditandatangani meningkat sekitar lima peratus.

“Sebanyak RM4 bilion dicatatkan berbanding sebelumnya iaitu sebanyak RM3.8 bilion dan antara perniagaan kepada perniagaan lebih kurang RM500 juta,” katanya ketika sidang media penutup LIMA’19 petang tadi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Mohamad turut menjelaskan pertambahan nilai kontrak yang ditandatangani merupakan bukti keyakinan pelabur-pelabur asing kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Laporan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menunjukkan terdapatnya peningkatan pendapatan sempena penganjuran LIMA kali ini,” katanya lagi.

Sementara itu Mohamad turut berbangga dengan penyertaan pempamer sempena edisi kali ini.

“Sebanyak 555 pempamer mengambil bahagian dan maklum balas yang diterima daripada tetamu negara dan pempamer sendiri, penganjuran LIMA’19 adalah lebih teratur dan lancar,” tambahnya.

Pameran lima hari ini akan melabuhkan tirainya pada 30 Mac (Sabtu), dan setakat hari ini jumlah pelawat perdagangan yang hadir adalah seramai 42,030 pengunjung daripada 63 buah negara.

-SH

Tinggalkan komen anda