Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Paparan Lightbox Bantu Promosi FKAT 2019

By 22 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto:Jusman Hedoh/Azuary Abdul Azis

TAWAU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus Sipil melancarkan pemasangan Lightbox Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sempena Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) dan Tahun Melawat Tawau 2019 di sini baru-baru ini.

Menurut Alijus, syarikat Top Green Tech Sdn Bhd menawarkan jalinan kerjasama secara percuma untuk memasang 30 lightbox di sekitar dataran MPT.

Alijus (tiga dari kanan) bersalaman dengan Pengurus Top Green Tech Sdn Bhd Albert J Kok V.S sebagai simbolik tanda kerjasama

Alijus (tiga dari kanan) bersalaman dengan Pengurus Top Green Tech Sdn Bhd Albert J Kok V.S sebagai simbolik tanda kerjasama

“Untuk permulaan syarikat tersebut telah memasang sebanyak 15 lightbox bagi mempromosikan FKAT 2019 dan selebihnya akan dipasang bagi mempromosikan Tahun Melawat Tawau 2019.

“Di masa akan datang lightbox ini akan bertukar-tukar paparan bersesuaian dengan kempen yang dijalankan oleh MPT seperti Tahun Melawat Tawau, Cintai Bandar Tawau dan sebagainya.

Lightbox yang dipasang bagi mempromosikan FKAT 2019

Lightbox yang dipasang bagi mempromosikan FKAT 2019

“Jjika ada pihak lain yang ingin menggunakan lightbox ini boleh berhubung terus dengan syarikat tersebut atau melalui MPT,”kata Alijus.

Menurutnya juga, penggunaan lightbox adalah selamat kerana ia menggunakan material yang ringan manakala pihak syarikat juga mengambil insurans untuk tujuan keselamatan.

MPT merupakan pihak berkuasa tempatan yang ke-10 di negeri ini menjalinkan kerjasama dengan syarikat tersebut dalam usaha mengurangkan kos dan menambah daya tarikan malam bandar Tawau.

EM

Tinggalkan komen anda