Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Pertandingan Wau Daerah Kumpul 700 Penyertaan

By 18 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Othman Ariff/Zurina Saad (Yan)

SEDAKA, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Setelah selesai musim menuai padi sementara menanti tuaian semula, kawasan sawah yang kering dan luas ditambah pula dengan musim angin timur dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Yan bersama-sama Kelab Dangau Sedaka Tengah dan Kelab Kebajikan PDTY dengan menganjurkan Pertandingan Wau Peringkat Daerah Yan.

Permainan tradisi ini yang sememangnya menjadi aktiviti wajib masyarakat setempat menjadi lebih meriah apabila ianya dipertandingkan, baru masuk hari kedua acara berlangsung telah pun berjaya mengumpul lebih 700 penyertaan.

Yusri (tengah) ketika menaikkan layang-layang sempena pertandingan wau, di sini.

Yusri (tengah) ketika menaikkan layang-layang sempena pertandingan wau, di sini.

Munurut Pegawai Daerah Yan, Mohd Yusri Md. Daud, permainan wau ini sudah menjadi budaya masyarakat di sini dan ianya adalah antara salah satu elemen di dalam intipati pelaksanaan GeoPark di kawasan Jerai.

“Saya berhasrat menjadikan permainan ini sebagai acara tahunan serta menggalakkan para peminat untuk terus menghasilkan produk wau ini ke tahap maksima supaya dapat dikomersialkan,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut, di sini kelmarin.

Walaupun cuaca agak panas namun tidak menjadi penghalang kepada peminat-peminat wau yang datang bukan sahaja dari daerah tempatan tapi juga dari daerah luar untuk turut bertanding bagi meraih hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100 hingga RM1000.

Selain itu, kategori bebas yang ditawarkan juga menjadi punca kepada sambutan yang menggalakkan kerana ianya memudahkan para peserta untuk tidak perlu membuat persiapan yang banyak untuk bertanding.

Pertandingan Wau Peringkat Daerah ini akan terus berlangsung sehingga 20 Mac nanti.

-SH

Tinggalkan komen anda