Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Peserta KKMM Belajar Teknik Fotografi Dalam Suhu Dingin

By 24 Mac 2019Tiada komen8 minit bacaan
Laporan/Foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat(Kota Kinabalu)


RANAU, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Suhu di Kundasang memang terasa dingin, ditambah lagi dengan hujan yang turun di tengah hari pada hari kedua sememangnya menjadi cabaran kepada peserta kursus yang perlukan cuaca yang baik untuk menyelesaikan tugasan.

Teknik framing foto :Fauzrina Bulka

Teknik framing foto: Fauzrina Bulka

Mujur para peserta Mobile Basic Phototography yang merupakan kakitangan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), bertolak seawal 7.30 pagi dari tempat penginapan di Pusat Latihan Islam (PLI) ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak kira-kira hanya 15 minit perjalanan.

Selepas sedikit taklimat daripada penceramah jemputan, Imran Abdul Jabar, para peserta segera memulakan tugasan merakamkan pemandangan sekitar Desa Cattle Dairy Farm dengan teknik-teknik fotografi yang telah dijelaskan pada hari pertama kursus.

Teknik Leading Lines Foto: Fauzrina Bulka

Teknik Leading Lines Foto: Fauzrina Bulka

Rata-rata peserta berasa teruja dan sedikit gementar, kerana jika sebelum ini hobi merakam gambar hanya mengikut kata hati, tetapi tugasan pagi itu perlu diselesaikan dengan teknik Rules of thirds, Framing, Depth, Leading lines, Balancing Elements dan juga Symmetry.

Pastinya teknik-teknik ini tidak asing jika anda seorang juru fotografi, tetapi sebaliknya 15 daripada 20 orang peserta kursus ini hadir dari pelbagai latar belakang pekerjaan seperti wartawan, penyampai radio, penerbit rancangan, juru audio malahan pegawai tadbir.

Teknik Rules Of Thirds Foto: Fauzrina Bulka

Teknik Rules Of Thirds Foto: Fauzrina Bulka

Menurut Imran, matlamat kursus tersebut adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan telefon pintar sebagai alat untuk merakam gambar dengan lebih baik.

“Sekarang ini rata-rata semua orang menggunakan telefon pintar, tetapi tidak semua menggunakannya secara mendalam.

Imran(kanan) ketika memberi taklimat kepada peserta.

Imran (kanan) ketika memberi taklimat kepada peserta.

“Justeru, kami ingin memperkenalkan kepada peserta asas fotografi dan juga teknik merakam foto menggunakan telefon pintar.

“Tidak semua peserta hadir berlatarbelakangkan fotografi, mereka tiada pengetahuan teknikal dan asas mengenainya, jadi kami kongsi ilmu itu dan lakukan beberapa aktiviti untuk mereka lakukan dan kemudian kita akan lihat hasilnya,”jelas Imran.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Katanya, dari segi respons, ada peserta yang menemuinya bertanyakan pelbagai soalan yang tidak difahami menampakkan kesungguhan mereka untuk belajar dan ingin tahu.

“Saya rasa penerimaan dan juga semangat mereka itu ada, cuma pada masa akan datang ilmu ini harus di praktikkan kerana kemahiran perlukan latihan yang kerap kerana jika tidak nanti ia akan berkarat dan tumpul.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

“Pada saya bukan setakat fotografi sahaja, tapi kalau kita sentiasa tingkatkan kemahiran dan kelebihan kita, ia juga dapat menjana pendapatan.

“Dari segi kerjaya pula, saya rasa sampai bila pun jawatan fotografi itu akan ada, cuma yang berubah adalah teknologi dan pendapatan serta medium atau platform dan cara mereka menyebarkan foto itu nanti,”ujarnya.

Hasil tugasan flatlay yang dilaksanakan sendiri oleh peserta

Hasil tugasan flatlay yang dilaksanakan sendiri oleh peserta

Imran juga berharap dengan perkongsian yang mereka lakukan, peserta akan dapat manfaat sama ada untuk kerja hakiki mereka mahupun pekerjaan sampingan.

Dalam keadaan cuaca yang kurang baik dan hujan yang turun berterusan, kursus pada hari ketiga di teruskan di Pusat Kuliah PLI, dengan mempelajari teknik dark photography dan flat lay pula bersama penceramah jemputan yang juga daripada Sifoo.com iaitu Sharmine Md Zin.

Sharmine Md Zin

Sharmine Md Zin

Menurut Sharmine, flat lay adalah salah satu sudut penggambaran dalam melakukan fotografi dan merupakan teknik yang paling sesuai untuk telefon pintar.

“Kalau kita tengok sekarang ini di mana-mana aplikasi dan akaun media sosial, flat lay ini adalah trend orang mengambil gambar untuk tujuan berkongsi perniagaan dan pemasaran.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

“Jika lihat di laman sosial instagram memang sangat banyak terutama pada mereka yang menjual barangan secara atas talian, sebab ia sangat disukai kerana mereka boleh bermain dengan kreativiti dan boleh memasukkan produk serta prop ke dalamnya.

“Maka, secara tidak langsung orang menganggap itu adalah salah satu langkah untuk lebih kreatif dalam memasarkan jenama,”jelasnya.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Tidak keberatan berkongsi ilmu, Sharmine turut berkongsi tips kepada individu yang ingin berkecimpung dalam teknik flat lay agar meneliti beberapa perkara sebelum mengambil langkah untuk memulakannya.

“Perkara utamanya ialah mereka perlu ada telefon pintar yang bagus, telefon pintar sekarang ada pelbagai, dan hampir setiap bulan jenama telefon pintar mengeluarkan produk terbaharu, dan kebanyakannya juga mempromosikan kamera.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

“Kalau dipandang dari sudut lain, semua aplikasi telefon adalah sama iaitu membuat dan menerima panggilan serta menghantar teks, tetapi kamera adalah salah satu alat untuk melakukan penjenamaan.

“Ini kerana manusia sekarang suka berkongsi visual, sama ada dari segi promosi, perniagaan atau tujuan peribadi kerana itu jenama ini sudah melihat bahawa sudut untuk mendapatkan kamera yang terbaik adalah salah satu nilai jual untuk sesuatu produk,” kongsinya.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Selain mempunyai telefon pintar yang bagus, seseorang itu juga perlu belajar teknik flat lay yang betul dan juga faham bagaimana telefon pintar itu bekerja untuk dapatkan flat lay dan menurut Sharmine, prosesnya memang sangat panjang.

“Seterusnya mereka perlu mula mengumpul prop kerana flat lay perlu disokong dengan peralatan lain, maka, kos untuk melakukan teknik ini agak tinggi.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

“Tetapi adakalanya kalau kita bijak menguruskan perbelanjaan untuk melabur bagi mendapatkan prop yang baik, ia sebenarnya akan jadi lebih murah kerana kini banyak sumber untuk mendapatkannya dengan harga yang rendah.

“Sedangkan saya sendiri mengumpul prop dari benda yang sedikit, kecil dan murah. Tetapi dalam masa setahun setengah penglibatan saya dalam flat lay, saya sudah ada satu bilik penuh dengan barangan prop,”kata Sharmine.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Menurutnya juga, dia banyak terdedah dengan pelbagai peringkat komuniti dan golongan yang mengambil kursus mobile photography dan punya pelbagai ragam dan tahap penerimaan.

Namun katanya, peserta kali ini adalah yang terbaik pernah di ajar, mungkin disebabkan para peserta yang terdiri daripada warga media dan sering terlibat secara langsung dalam televisyen atau radio serta peralatan untuk merakam sesuatu.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Tugasnya juga agak mudah untuk kumpulan tersebut kerana dengan pengawasan yang minima, mereka boleh lakukan tugasan yang diberikan serta peroleh hasil yang sangat bagus walaupun di tahap permulaan.

Sharmine turut berharap agar ilmu yang telah dikongsikan olehnya dan Imran akan dimanfaatkan oleh peserta dan tidak terhenti setakat di kursus sahaja.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

“Saya percaya sebagai orang media, mereka lihat benda ini ada potensi dalam kerja. Saya percaya apa yang kami kongsikan selama 4 hari ini, mampu mencetuskan minat.

“Setiap kali buat kursus, saya tidak jangkakan orang boleh buat, jadi pertama sekali saya perlu timbulkan minat, kerana bila minat mereka akan buat lagi. Jadi saya harap minat itu berterusan, bila balik bekerja, mereka akan terus menggali ilmu untuk belajar.

Suasana ketika pembentangan hasil kerja peserta.

Suasana ketika pembentangan hasil kerja peserta.

“Sebab ilmu tidak akan habis, ilmu tidak akan ada penyudah. Setiap hari dunia berubah, setiap hari ada ilmu baharu, jadi kalau saya sendiri rasa saya sudah cukup macam ini, pasti dua tahun lagi saya akan ketinggalan.

“Tenik flatlay ini pun kita tidak tahu jika dua tahun lagi akan berubah. Teknik mengambil gambar pun mungkin  akan berubah juga. Jadi kita kena letakkan diri kita relevan setiap masa, dan untuk kekal relevan, kita kena sentiasa belajar, membaca, menggali dan mencari ilmu,”nasihat Sharmine.

Muhammad Rastwin Stia.

Muhammad Rastwin Stia.

Dalam pada itu, salah seorang peserta daripada Jabatan Penyiaran Sabah, Muhammad Rastwin Stia sememangnya gemar merakamkan foto menggunakan telefon pintar.

“Sekarang kita didedahkan dengan gajet, jika dahulu kita pakai kamera yang menggunakan filem, dan seterusnya DSLR yang lebih canggih dan kemudian telefon pintar, jadi saya juga mahu belajar teknik-teknik berkesan menggunakannya.

“Sebelum ikut kursus ini saya memang menggunakan telefon pintar untuk merakam gambar tetapi lebih kepada ingin membuat suntingan.

Marusin Minudin(kiri) antara yang menerima sijil tamat kursus daripada Imran(kanan)

Marusin Minudin (kiri) antara yang menerima sijil tamat kursus daripada Imran (kanan)

“Memang saya peroleh Ilmu yang baharu ketika di sini sebab sudah jadi kebiasaan sebelum ini saya merakam foto secara rambang dan tidak tahu teknik-teknik yang betul.

“Bila sudah faham teknik, memang sangat menjimatkan masa, kita hanya ambil gambar yang kita mahu sahaja dan di sini kita di tekankan kepada suntingan untuk mencantikkan lagi gambar dan seterusnya menjadikan gambar itu ada makna kepada yang melihatnya,”ujarnya.

Rastwin yang juga merupakan Penerbit Rancangan dan bertugas di stesen Sabah.vfm berharap ilmu yang sudah diperoleh itu boleh adaptasi apa yang saya belajar dan membantu jabatan saya dalam mempromosikan stesen radio di media sosial.

Nasrul menerima telefon pintar dan sijil sebagai antara peserta terbaik.

Nasrul menerima telefon pintar dan sijil sebagai antara peserta terbaik.

Sementara itu seorang lagi peserta yang sudah sembilan tahun bertugas di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Sarawak (FINAS), Nasrul Hadi Kiprawi turut berminat menyertai kursus walaupun bidang tugas hakikinya lebih kepada penggambaran arkib, dokumentari dan trailer.

Menurutnya, merakam gambar menggunakan telefon pintar itu satu perkara yang biasa baginya namun dari segi fotografi, apa yang telah dipelajari sepanjang kursus sedikit sebanyak dapat membantu menambah ilmu.

Nasrul yang juga merupakan antara peserta terbaik berharap agar semua peserta dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari selepas ini dan jika ada lagi kursus seumpamanya beliau turut berbesar hati untuk sertai lagi.

Erna Wana Habinullah.

Erna Wana Habinullah.

Seorang lagi peserta daripada Jabatan Penyiaran Sandakan, Erna Wana Habinullah, yang bertugas sebagai pembantu tadbir berkata minatnya dalam menyunting gambar melalui grafik menjadi penyebab penglibatannya dalam kursus tersebut.

“Input yang saya dapat dalam kursus ini juga boleh saya praktikkan dalam tugasan harian sebagai pereka grafik di stesen Sandakan.fm serta dalam kerja sampingan.

Peserta KKMM merakamkan kenangan bersama penceramah dan pihak urusetia.

Peserta KKMM merakamkan kenangan bersama penceramah dan pihak urusetia.

“Mempunyai kerja sampingan merupakan satu perkara biasa dalam masyarakat dan apabila ia melibatkan jualan atas talian, saya perlu lebih peka untuk menarik perhatian pelanggan dari segi visual,” terang Wana.

Katanya, Ilmu baharu yang diperoleh ialah cara mengambil gambar yang betul menggunakan teknik-teknik tertentu.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

“Saya suka ketika peserta perlu keluar untuk melakukan tugasan seperti ke Desa Cattle Dairy Farm, ke kebun bunga dan sayuran dan banyak teknik-teknik boleh dipraktikkan ketika itu.

“Saya juga suka kerana kursus ini tidak sepenuhnya dilakukan di dalam kelas tetapi ilmu yang diberikan terus dipraktikkan di luar juga dalam suasana yang santai.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

Terserlah kesungguhan peserta dalam misi mendapatkan foto yang menarik untuk teknik flatlay.

“Saya juga bersyukur kerana kursus ini dibuka kepada semua penjawatan dan tidak kepada jurufotografi sahaja yang bermaksud apa pun bidang kerjaya kita, siapa sahaja boleh merakamkan foto dan mahir dalam pelbagai tugas itu satu kelebihan kepada seseorang individu,”ujarnya.

Kata Wana, dia perlu sentiasa peka dengan teknologi kerana kecanggihan dalam fotografi mampu menarik minat masyarakat terutama sekali penyampaian dalam grafik kerana masyarakat kini kurang membaca dan lebih suka melihat visual sahaja.

EM

Tinggalkan komen anda