Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

KAWAN One Stop Center Mudahkan Urusan Penduduk Tempatan

By 24 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Fasharina Kholil/PKMD Sik (Sik)

SIK, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi memudahkan urusan penduduk tempatan yang mempunyai masalah pengangkutan serta jarak yang jauh untuk berurusan serta mendapatkan perkhidmatan di kaunter, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik memperkenalkan Program KAWAN One Stop Center, di Sekolah Kebangsaan Kota Aur, Belantik, di sini semalam.

Menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat Sik, Yahya Mat Khatib, usaha ini adalah bagi memudahkan penduduk di sekitar Belantik serta kawasan yang sukar mendapatkan perkhidmatan berurusan.

“Kami turun ke tempat berdekatan masyarakat yang tidak mampu datang ke pejabat, sebaliknya kami sendiri yang turun padang untuk memberikan perkhidmatan sekaligus memudahkan urusan para pelanggan kami.

“Kita akan menggembleng segala sumber yang ada untuk meningkatkan lagi kesejahteraan masyarakat di samping memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua,” katanya ketika ditemui.

Menurut Yahya, pendekatan ini juga bertujuan mendekati masyarakat khususnya kumpulan sasar serta membantu memudahkan lagi proses permohonan bantuan.

“Melalui program ini JKM Sik menerima sebanyak 47 permohonan pelbagai bantuan.

“Di samping kaunter bergerak, kami turut menjalankan aktiviti ziarah kasih bersama Penyelaras Dun Belantik. Ia juga sebagai salah satu usaha kami bagi mendekati golongan yang memerlukan,” jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda