Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Shafie Beri Penghormatan Terakhir kepada Wong

By 29 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Asmidar Zainol/Vicky Matanjang (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Shafie Apdal memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt di Wisma Fook Siew pada petang, Jumaat.

Shafie tiba sekitar 5.30 petang diiringi Pemangku Pengerusi Parti DAP Sabah merangkap Menteri Belia dan Sukan, Frankie Poon Ming Fung, disambut oleh isteri mendiang, Chong Mee Fook serta anak lelaki mendiang, Arthur Wong.
Wong (dua dari kanan) dan Arthur (dua dari kiri) mengiringi Mohd Shafie (kanan) .

Chong (dua dari kanan) dan Arthur (dua dari kiri) mengiringi Mohd Shafie (kanan).

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Mokhtar dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony serta pembantu-Pembantu Menteri, Ketua-ketua Jabatan dan rakan-rakan.

Mendiang Wong disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu pada 12.15 tengah hari pada Khamis.
Mohd Shafie (tengah) memberikan kata-kata semangat kepada Chong (kiri) dan keluarga.

Mohd Shafie (tengah) memberikan kata-kata semangat kepada Chong (kiri) dan keluarga.

Jenazah Wong akan diterbangkan ke Sandakan esok, pada 7.00 pagi dan disemadikan pada Isnin di Tanah Perkuburan Kristian Batu 12, Sandakan pada 11.00 pagi.

Perkahwinannya dengan Chong meninggalkan empat orang cahaya mata dan dua orang cucu.

EM


Tinggalkan komen anda