Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Tambah Ilmu, Elak Terpedaya dari Jenayah Siber

By 14 Mac 2019Tiada komen4 minit bacaan
 Laporan/Foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

TAWAU, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk menganjurkan Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah Siber dan Anti Pemerdagangan Orang di seluruh negara mendapat maklum balas yang positif daripada masyarakat sekitar.

Usaha menangani jenayah siber ini ekoran pengumuman menterinya, Gobind Singh Deo pada 3 Oktober 2018, akibat peningkatan jumlah jenayah siber dalam pelbagai cara, antaranya penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kecurian identiti dan pencerobohan data hingga mengakibatkan kehilangan mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.

Mohd Lokman Sharifudin

Mohd Lokman Sharifudin

Antara peserta yang hadir dalam taklimat anjuran KKMM yang diadakan di daerah ini ialah penjawat awam, Mohd Lokman Sharifudin yang pernah tertipu ketika membuat pembelian secara atas talian.

“Saya sendiri pernah menjadi mangsa ketika membeli barangan secara atas talian di laman sosial facebook, di mana pada ketika itu saya ingin membeli produk ubatan yang dijanjikan akan saya terima dalam tempoh seminggu, tetapi barang tidak sampai.

 Nurfatihah ketika bertanyakan soalan kepada penceramah.

Nurfatihah ketika bertanyakan soalan kepada penceramah.

“Saya ada cuba untuk menghubungi penjual, tetapi tiada respons, bila saya sedar saya telah ditipu, saya terima sahaja dengan hati terbuka walaupun kerugian kira-kira RM50, saya anggap umpama saya sedekah sahaja pada penjual dan jadikan itu sebagai satu pengajaran,” ujarnya.

Menurut Lokman, dia sememangnya merasa serik selepas ditipu, namun masih juga membeli barangan atas talian, tetapi dengan memilih terma cash on delivery (COD) iaitu pembayaran hanya dilakukan selepas barang diterima.

Nurfatihah Nabilla Firman

Nurfatihah Nabilla Firman

“Sebaiknya jika mahu membeli secara atas talian, beli lah daripada sumber yang boleh dipercayai. Saya sering juga membeli barangan dari stesen televisyen yang membuat jualan secara langsung, kerana yakin dengan latar belakang mereka, dan kalau tidak berpuas hati pula, mudah untuk membuat aduan kepada mereka.

“Sebelum ini memang saya tidak tahu dengan siapa kita perlu buat aduan jika tertipu, tapi dengan menghadiri program hari ini memang banyak membantu dan membuka minda, serta banyak maklumat telah dikongsikan kalau timbul lagi masalah di kemudian hari,” ujar Lokman.

Antara peserta yang hadir.

Antara peserta yang hadir.

Sementara itu, seorang lagi peserta, Nurfatihah Nabilla Firman, 17 berkongsi pengalaman ketika kakaknya menjadi mangsa jenayah siber ketika ingin menjadi pengedar sebuah jenama kosmetik tempatan yang dikatakan diperbuat daripada bahan organik.

“Kejadian tersebut berlaku apabila kakak saya berminat untuk menjadi pengedar yang dikatakan telah diuji di makmal dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) .

Penceramah yang hadir memberikan taklimat.

Penceramah yang hadir memberikan taklimat.

“Kakak saya mengeluarkan modal kira-kira RM500 untuk membeli stok jualan. Maklum balas daripada pelanggan yang menggunakannya pun sangat baik selepas penggunaan seminggu, tetapi apabila tidak digunakan selama 3 hari, wajah mula ditumbuhi jerawat.

“Hingga satu ketika apabila salah seorang pengedar membawa contoh produk untuk diuji di sebuah makmal, ternyata produk tersebut mengandungi bahan kimia dan tidak sesuai untuk kulit kerana mengandungi merkuri yang tinggi.

Antara peserta yang hadir.

Antara peserta yang hadir.

“Apabila kami bertanyakan hal ini kepada pengasas produk, dia katakan ianya merupakan fitnah dan wang juga dia tidak pulangkan, pelanggan lama yang pernah beli produk beliau dahulu terpaksa menanggung akibat kulit muka yang rosak,” kongsinya.

Tambah Nurfatihah lagi, kakaknya kemudian membuat aduan pada KPDNKK dan pengasas itu kemudiannya diarah untuk menghentikan penjualan produk tersebut, manakala baki produk dalam simpanan kakaknya juga sudah dibuang.

Penceramah yang hadir memberikan taklimat.

Penceramah yang hadir memberikan taklimat.

“Pada pendapat saya sepatutnya peniaga-peniaga atas talian ini dipantau sama ada mempunyai lesen untuk berniaga.

“Jika ada kes sebegini terjadi lagi, pihak berwajib akan mudah untuk mengambil tindakan, pengedar pula akan lebih yakin untuk berurus niaga jika mereka mengikut prosedur yang betul.

Antara peserta yang hadir.

Antara peserta yang hadir.

“Banyak ilmu baharu yang saya peroleh dengan hadir ke taklimat ini, faham di mana aduan perlu dibuat kalau menjadi mangsa dan lebih memahami tugas pihak berkuasa untuk menyelesaikan aduan rakyat yang menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui selepas taklimat berakhir.

Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah Siber dan Anti Pemerdagangan Orang yang dianjurkan di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah, di sini, telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM, Shakib Ahmad Shakir.

Penceramah yang hadir memberikan taklimat.

Penceramah yang hadir memberikan taklimat.

Terdahulu, Shakib menjelaskan bahawa KKMM menjalin kerjasama erat dengan rakan strategik yang terdiri daripada media, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia, badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan pemimpin masyarakat bagi menjamin keberkesanan kempen.

“Kerjasama adalah sangat penting memandangkan kedua-dua jenayah ini menunjukkan trend yang semakin meningkat dan membimbangkan.

Shakib bergambar kenangan bersama para peserta program.

Shakib bergambar kenangan bersama para peserta program.

“Kesedaran dan tindakan bersama oleh semua pihak amat penting dan bertepatan sebagai langkah utama dalam menangani dan membanteras kedua-dua jenayah ini dengan lebih berkesan dan bersepadu.

“Oleh itu, saya menyokong penuh tindakan proaktif oleh pelbagai pihak dalam menjayakan kempen ini secara berterusan,” tambahnya.

Shakib(tengah) ditemani Almain (kiri) dan Norzawiyah(kanan) ketika sidang media dijalankan.

Shakib(tengah) ditemani Almain (kiri) dan Norzawiyah(kanan) ketika sidang media dijalankan.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik Datuk Almain Ajirul, wakil Presiden Majlis Perbandaran Tawau Ali Mohammad Samad, Pengarah Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka, Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi dan Ketua Perpustakaan Wilayah Tawau Salmah Fazul Rahman.

EM

Tinggalkan komen anda