Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pembinaan Klinik Kesihatan Pulau Sebatik Dapat Dimulakan Tahun Ini

By 14 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/Foto: Al Umar Mohd Yussuf/Unit Media DUN Sebatik(Tawau)

TAWAU, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Projek pembinaan Klinik Kesihatan Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik dijangka dapat dimulakan pada tahun ini, sebaik sahaja beberapa isu berkaitan pemilikan tanah untuk tapak klinik selesai diuruskan.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Abdul Muis Picho berkata, pembinaan Klinik Kesihatan Jenis enam itu dijangka menelan kos kira-kira RM30 juta, meliputi kos bangunan, kuarters dan peralatan.

Muis meninjau kawasan kebakaran

Muis meninjau kawasan kebakaran

“Ketika ini penduduk terpaksa mendapatkan rawatan di bandar Tawau memandangkan di pulau ini hanya terdapat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA).

“Keadaan menjadi lebih sukar jika berlaku kes-kes kecemasan pada waktu malam dan air laut pula surut,” katanya.

Tambahnya juga, beliau telah pun menyuarakan tentang keperluan sebuah klinik kesihatan dibina di pulau itu pada penggal yang lalu yang bakal memberi manfaat yang besar kepada masyarakat apabila ia siap kelak.

Tapak kawasan kebakaran

Tapak kawasan kebakaran

Muis berkata demikian ketika ditemu bual selepas melawat ke Tapak Cadangan Klinik Kesihatan Kampung Tamang, Pulau Sebatik, bersama para pegawai dari Jabatan Hasil Bumi, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kesihatan dan Pejabat DUN N.60 Sebatik, pada rabu.

Selepas lawatan, Muis selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik turut berkesempatan berkunjung dan menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tamang, bersama para pegawai dari Jabatan Kebajikan serta badan-badan sukarelawan.

Muis Menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa

Muis Menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa

Muis melahirkan rasa dukacitanya atas insiden yang berlaku sambil menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang punca kebakaran dan tidak sesekali membuat pendawaian haram yang boleh mengakibatkan berlakunya litar pintas.

EM

Tinggalkan komen anda