Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Tapak Sementara Pasar Awam Seberang Jaya Selesa dan Memuaskan

By 7 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Halimah Abd. Ghani/Nurul Wahida Mohd Noor (Seberang Perai Tengah)

SEBERANG JAYA, 7 Mac (Malaysiaaktif) – “Selesa dan luas” itulah perkataan yang dapat memberi gambaran kepada tapak sementara Pasar Awam Seberang Jaya yang beroperasi di Jalan Todak bermula 1 Mac yang lalu. Tapak sementara ini dibina ekoran daripada tapak sedia ada yang terletak di Jalan Tenggiri ditutup bagi kerja-kerja menaiktaraf yang dijangka siap dalam masa dua tahun setengah. Tujuanya tiada lain hanyalah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan mampan disamping pembangunan kemudahan insfrastuktur yang sewajarnya kepada rakyat.

Kompleks pasar awam sementara ini menyediakan 253 gerai di dalam premis manakala 220 petak di luar pasar bagi peniaga-peniaga kecil-kecilan sedia ada dan juga sebagai tapak peniaga pasar malam. Sementara itu, bagi menjamin keselesaan pengunjung dan mengelakkan kesesakan lalulintas pula, kawasan parkir turut disediakan di sebelah tapak pasar sementara tersebut.

Ruang makan dan minum  lapang dan selesa juga disediakan bersebelahan dengan jualan barang basah

Ruang makan dan minum lapang dan selesa juga disediakan bersebelahan dengan jualan barang basah

Rata-rata pengunjung melahirkan rasa puas hati dengan keadaan pasar ini walaupun pasar sementara namun ianya sangat memberi keselesaan. Salah seorang pengunjung, Encik Azrul bin Mustafa berkata, “keadaan pasar sementara ini nampak seperti pasar awam biasa dan bukan sementara tambahan pula kawasannya agak luas dan tidak sesak. Ini memudahkan pengunjung untuk memilih barang”, ujarnya.

Puan Salina Ahmad, antara peniaga di petak luar premis Pasar Awam Sementara Seberang Jaya

Puan Salina Ahmad, antara peniaga di petak luar premis Pasar Awam Sementara Seberang Jaya

Sementara itu, Puan Salina binti Ahmad, Peniaga di pasar ini pula memaklumkan jualan beliau agak berkurangan kemungkinan faktor lokasi baru yang agak sukar untuk penduduk berdekatan tapak asal untuk berkunjung ke sini. “Tapak lama dahulu berdekatan kawasan kediaman, jadi mudah untuk penduduk sekitar datang membeli barang, kalau sekarang mereka perlu menggunakan kenderaan untuk datang ke sini, mungkin itu punca kurang jualan”, katanya. Beliau yang ditemui juga berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri atas inisiatif  menaik taraf pasar awam disana dan  berharap pihak kerajaan negeri juga dapat mengambil inisiatif  menyediakan kemudahan “shuttle bus” bagi memudahkan penduduk setempat untuk berkunjung ke sini terutamanya warga emas. Walaupun begitu, beliau menyatakan rasa berpuas hati atas kemudahan dan persekitaran di tapak sementara ini.

Tinggalkan komen anda