Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Air Telaga Tiub Bantu Operasi Pemadaman Kebakaran

By 22 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)

MIRI, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Di sebalik penglibatanĀ  pasukan Bomba dan Penyelamat Miri memadam kebakaran terbuka di Kuala Baram, ramai tidak tahu kelibat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sarawak (JMG) dalam operasi tersebut semenjakĀ  7 Mac 2019 yang lalu.

Sumbangan dan peranan jabatan ini amat besar terutamaĀ  membantu operasi kebakaran terbuka di samping memastikan masyarakat di kawasan terbabit tidak panik serta terhindar daripada bencana ini.

Melalui jalinan kerjasama dua agensi ini telah memudahkan kerja-kerja pemadaman kebakaran. Peranan JMG yang kurangĀ  diketahui masyarakat ini telah banyak membantu menangani masalah kebakaran terbuka semenjak lapan tahun yang lalu.

Lebih 10 tahun lalu JMGĀ  telah terlibat sepenuhnya meneroka sumber air bawah tanah bagi kegunaan operasi pemadaman kebakaran terbuka. Pendekatan iniĀ  merupakan langkah strategik dan efektif bagi menangani bencana tersebut selain membina parit penampan kebakaran.

Hampir saban tahun berlaku kebakaran terbuka diĀ  kawasan ini. Apabila musim kemarau panjang, rumput mudah terbakar apabila terkena sentuhan api dari puntung rokok atau pembakaran kecil yang akhirnya merebak dengan cepat.

Edward Muol, Ketua Penolong Pengarah JMG menerangkan profail telaga tiub kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Petugas Media

Edward Muol, Ketua Penolong Pengarah JMG menerangkan profail telaga tiub kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Petugas Media

SemenjakĀ  kawasan Miri dilanda kemarau, pegawai dan kakitangan JMG telah berada di lapangan bagi membantu proses pemantauan dan pengepaman air dari beberapa buah telaga tiub. Air dari telaga tiub dipam serta disalurkan ke telaga takungan atau disalurkan ke tangki jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Telaga tiub merupakan alternatif bagi mendapatkan sumber air dengan cepat. Pili bomba tidak dapat membekalkan air dengan banyak dan cepat berbanding air dari telaga tiub. Telaga tiub mempunyai kadar luahan yang tinggi dan mampu dipam selama enam jam hingga lapan jam sehari.

Sebelum telaga dibina, satu kajian literatur dan lapangan dibuat bagi menentu kawasan berpotensi untuk digerudi. Pengerudian dilakukan dengan dua kaedah iaitu menggunakan mesin gerudi bagi telaga yang dalamnya melebihi 30 meter manakala kaedah ā€˜water jettingā€™ bagi telaga yang kurang daripada 30 meter.

Kerja pengepaman dan penyaluran air dilakukan oleh anggota JMG

Kerja pengepaman dan penyaluran air dilakukan oleh anggota JMG

Semenjak 7 Mac hingga kini sebanyak lima buah telaga tiub telah di pam iaitu KB7,KB9, KB14, KB16 dan KB19. Menurut Edward Muol, Ketua Penolong PengarahĀ  JMG, ā€œsetiap telaga tiub mempunyaiĀ  kadar luahan dan kedalaman yang berbeza. Telaga tiub KB19Ā  berkedalaman 92.50 meter adalah yang paling tinggi kadarĀ  luahan iaitu 90 meter padu sejam.ā€

Ketinggian kadar luahan sesebuah telaga tiubĀ  bergantung kepadaĀ  keluasan dan kedalaman akuifer. Sekiranya akuifer (takungan air bawah tanah) luas dan tebal maka airnya banyak sertaĀ  luahannya tinggi Ā walaupunĀ  pada musim kemarau.

Menurut Jonathan Judan, Pembantu Kajibumi Kanan, ā€œsetiap telaga dipam lebih kurang 8 jam sehari. Air yang dipam akanĀ  disalur ke telaga takungan yangĀ  terletak berdekatan dengan akses jalan raya. Ini bagi memudahkan pihak bomba menyedutĀ  air untuk diisi ke dalam tangkiĀ  jentera pemadam.ā€

ā€œBagi membantu operasi ini,Ā  kami mengaktifkanĀ  lima telaga tiub yang mempunyai kadar luahan tinggi serta resab air yang banyak. Bantuan daripada beberapa anggota jabatan, kerja-kerja pengepaman dan pemantauanĀ  dilakukan mengikut jadual bagi mengelak telaga daripada kering serta merosakkan akuifer, Purata air yang telah dipam setakat ini bermula dari 7 Mac hingga 24 Mac 2019 dan 7 April hingga 21 AprilĀ  2019 lebih kurang 1,120,000 liter.ā€ ujar Edward Muol Ketua Penolong PengarahĀ  yang terlibat dalam operasi tersebut.

Datuk Amar Douglas Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah melakukanĀ  lawatan lapangan sambil mendengar taklimat, meninjau tempat kebakaran serta mendapatkan pandangan daripada agensi terbabit.

Bagi ā€˜memerangiā€™ kebakaran terbuka yang sering berleluasa serta memberi pencemaran kepada alam sekitar di kawasan Kuala Baram Miri, kerajaan negeriĀ  telah bersetuju untuk membina lebih banyak lagi telaga tiub sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang.

Beliau turut mengumumkan sebanyak RM 651,000 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan segera pengurusan masalah kebakaran terbuka di kawasan Miri.

Tinggalkan komen anda