Skip to main content
HomeTerengganu

JaPen Terus Menjadi Penghubung Rakyat

By 22 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: M. Subhi Abang / Nik Awang Yaa’cob (Setiu)

SETIU, 22 Apr (Malaysia Aktif) – Peneroka FELDA Chalok menyambut baik usaha Jabatan Penerangan (JaPen) dan pengurusan FELDA menterjemah dan memasarkan dasar serta agenda negara supaya difahami, disokong dan dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Peranan JaPen sentiasa diperkasakan selaku barisan hadapan kerajaan agar masyarakat sentiasa terhubung dan mendapat informasi yang sahih, tepat dan terkini.

Ketua Peneroka Ladang FELDA Chalok Kampung Rahmat, Wan Mohd. Yusoff Wan Abdullah, 60, berkata usaha kerajaan memulihkan FELDA dengan melaksanakan Kertas Putih FELDA melalui suntikan bantuan sebanyak RM6.23 bilion merupakan satu perkembangan yang baik dan ditunggu-tunggu oleh peneroka.

Menampal poster pemulihan felda pada papan kenyataan.

Menampal poster pemulihan felda pada papan kenyataan.

“Berhubung isu yang timbul di peringkat rancangan, kita melihat daripada sudut positif dan berharap maklumat-maklumat daripada pihak kerajaan dapat disampaikan kepada pihak pengurusan rancangan seterusnya dipanjangkan kepada komuniti khasnya peneroka,” katanya.

Beliau menambah, maklumat berkenaan usaha pemulihan ini akan dipastikan sampai ke peringkat akar umbi antaranya menerusi mesyuarat antara blok-blok yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Terima kasih kepada Jabatan Penerangan kerana memainkan peranan sebagai medium antara kerajaan dan rakyat serta tidak lupa juga kepada pengurusan FELDA di atas usaha ini,” katanya.

Pengurus Ladang FELDA Chalok, Kampung Rahmat, Syed Muhammad Firdaus Syed Othman (kiri)

Pengurus Ladang FELDA Chalok, Kampung Rahmat, Syed Muhammad Firdaus Syed Othman (kiri)

Semalam, Pejabat Penerangan Daerah Setiu berkunjung ke tiga FELDA di Setiu iaitu FELDA Setiu 1, FELDA Chalok dan Chalok Barat yang diketuai oleh Pengawai Penerangan Daerah Setiu, Mohd Subhi Abang.

Dalam pada itu, Pengurus Ladang FELDA Chalok, Kampung Rahmat, Syed Muhammad Firdaus Syed Othman berkata, beliau berharap semua peneroka FELDA dapat memahami langkah Kertas Putih FELDA yang dilakukan kerajaan.

“Saya berharap ia akan dapat melestarikan kehidupan peneroka FELDA supaya menjadi lebih baik dan terjamin.

Ketua Peneroka Ladang FELDA Chalok, Kampung Rahmat, Wan Mohd. Yusoff Wan Abdullah (duduk)

Ketua Peneroka Ladang FELDA Chalok, Kampung Rahmat, Wan Mohd. Yusoff Wan Abdullah (duduk)

“Ini adalah kerana banyak yang akan dibantu, membuktikan bahawasanya kerajaan hari ini sangat mengambil berat mengenai rintihan peneroka.

Langkah pembentangan Kertas Putih FELDA itu akan menjadi pemangkin ke arah kesejahteraan hidup peneroka masakini,” ujarnya lagi.

EM

Tinggalkan komen anda