Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomeKedah

Beras Pulut Bakal Jadi Tarikan Pulau Langkawi

By 21 April 2019Jun 21st, 2022Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto : Farhana Azlin Lajis/Saiful Haidar Salleh (Langkawi)

LANGKAWI, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Pulau Langkawi yang kini memiliki keluasan sawah seluas 2700 hektar dengan bilangan pesawah seramai 1300 orang bakal menjadi pengeluar beras pulut utama negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan, berkata Malaysia kini banyak mengimport beras pulut dari luar dan sekiranya dapat mengeluarkan di antara lima hingga enam ribu matrik tan, maka negara dapat mengurangkan jumlah import kepada 25% jumlah semasa.

“Pada masa ini mereka tanam padi dua kali setahun dengan padi beras biasa, apabila kita berjumpa dengan perdana menteri, beliau melihat apakah yang boleh ditambah baik untuk meningkatkan pendapatan golongan pesawah ini.

“Selepas pemantauan dibuat, cadangan mengeluarkan beras pulut mendapat kesan positif untuk dilaksanakan dan kementerian akan mengemukakan cadangan yang lengkap daripada pembenihan benih beras pulut kepada produk yang dihasilkan srhingga kepada promosi,” katanya ketika merasmikan Program Hari Bertemu Pelanggan, di sini hari ini.

20 usahawan agropreneur muda turut menjayakan program hari ini.

20 usahawan agropreneur muda turut menjayakan program hari ini.

Sementara itu, Program Hari Bertemu Pelanggan ini merupakan edisi ketiga yang dianjurkan, dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Langkawi telah dipilih untuk menjadi tuan rumah.

Menurut Sallehhuddin, di antara tujuan lain diadakan program ini adalah untuk memastikan kementerian di bawah jabatan dan agensi khususnya di negeri dan daerah dapat bertemu secara langsung dengan golongan sasar dan dapat memberi khidmat nasihat kepada masyarakat.

“Jelajah ini akan diadakan dari semasa ke semasa, di mana pada setiap hari Rabu semua jabatan dan agensi akan membuka pintu pada sebelah pagi kepada golongan sasar yang datang untuk mendapatkan maklumat daripada jabatan.

“Ini adalah salah satu perkara yang berguna kepada golongan sasar dan dapat mengurangkan karenah birokrasi dengan memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada mereka,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda