Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Matang Rawa Ungguli Liga Sepak Takraw Tertutup Sik

By 21 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Maktab Mahmud Sik (Sik)

SIK, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Percaturan pasukan Matang Rawa meletakkan Tekong Terbaik Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2019 berhasil apabila muncul juara dalam Liga Sepak Takraw Tertutup Sik dan Jemputan 2019 sekaligus mengenepikan cabaran 15 pasukan lain dalam kejohanan yang julung kalinya diadakan di Gelanggang Sepak Takraw Maktab Mahmud Sik, di sini semalam.

Ayam tambatan Matang Rawa, Muhamad Fakhrul Akhmal Nakoin, 17, mempamerkan aksi cemerlang dengan melakukan beberapa aksi menarik sehingga mengelirukan pihak lawan.

Dengan kemenangan tersebut, Matang Rawa berjaya membawa pulang wang tunai RM160, medal dan juga hamper.

Menurut urusetia kejohanan, Abdullah Abu Bakar, tujuan kejohanan itu adalah bagi menyemarakkan lagi sukan sepak takraw dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda selain mencungkil bakat baharu dalam sukan berkenaan.

Percaturan pasukan Matang Rawa mempertaruhkan Tekong Terbaik MSSM 2019 berbaloi apabila pasukan tersebut dinobatkan sebagai juara.

Percaturan pasukan Matang Rawa mempertaruhkan Tekong Terbaik MSSM 2019 berbaloi apabila pasukan tersebut dinobatkan sebagai juara.

“Kejohanan ini menghimpunkan pemain-pemain berpegalaman dan terbaik daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang, ia juga sebagai pendedahan serta pengalaman kepada peserta yang terlibat.

“Melalui kejohanan seperti ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai pelapis dalam sukan sepak takraw serta mengembalikan kegemilangan sukan ini,” katanya ketika ditemui sempena kejohanan tersebut.

Menurut Abdullah, berdasarkan sambutan positif terhadap kejohanan itu pihaknya bercadang untuk meneruskan penganjuran dengan menjadikannya sebagai acara tahunan dalam kalendar tahunan kegiatan sukan khususnya sukan sepak takraw di daerah ini.

“Semoga dengan kejohanan ini dapat memberi pendedahan kepada setiap pemain dalam memperbaiki servis, kawalan bola dan hadangan ketika pihak lawan melakukan rejaman,” jelasnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda