Skip to main content
HomeTerengganu

Direktori Usahawan Desa Bakal Diwujudkan

By 30 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/Foto:Mohd Idris Deraman (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mewujudkan satu direktori khas usahawan desa bagi mengumpul semua usahawan desa di seluruh negara yang kini berjumlah kira-kira 85 ribu orang.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, setakat ini KPLB belum lagi mewujudkan direktori tersebut memandangkan kerajaan baharu sahaja mengambil alih teraju pentadbiran negara selepas Pilihanraya Umum Ke-14 tahun lepas.

“Banyak benda yang kementerian saya akan buat memandangkan kerajaan baharu kini hampir setahun memerintah negara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD)@KPLB 2019 Zon Timur di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, baru-baru ini.

Datuk Rina seterusnya, berkata mengumpul data-data usahawan sangat penting untuk menjadi rujukan berbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta serta orang awam.

Samsudin Ahmad, 59 (kiri)

Samsudin Ahmad (kiri)

Kira-kira 300 usahawan desa menyertai KUD kali ini yang berlangsung selama tiga hari.

Pengunjung Ahmad Redza, 58, ketika ditemui melahirkan rasa gembira atas penganjuran ini kerana memberi peluang dan ruang kepada usahawan desa memasarkan produk masing-masing.

Bagi Samsudin Ahmad, 59, karnival seperti ini dialu-alukan kerana dapat membantu peniaga kecil meningkatkan pendapatan mereka.

“Program sebegini perlu diadakan secara berterusan kerana memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menambahkan pendapatan mereka di samping dapat belajar cara memasarkan produk secara lebih meluas.

“Bukan itu sahaja, kerjasama yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri menunjukkan sisi positif pentadbiran kerajaan.” katanya mengakhiri perbualan.

EM

Tinggalkan komen anda