Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama DUN Sabah Penggal Kedua Berjalan Lancar

By 12 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Idris Sani Saberun /Jeffren Malaning & Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

Kota Kinabalu, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Sabah Ke – 15 yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin di sini, pagi Khamis, berjalan lancar.

Tun Juhar memeriksa barisan kehormatan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu.

Tun Juhar memeriksa barisan kehormatan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu.

Tun Juhar dalam ucapan dasarnya menyatakan bahawa Kerajaan Sabah akan mengisytiharkan beberapa daerah di negeri ini sebagai tapak Geopark Kebangsaan sebagai komitmen penglibatan kerajaan dalam pemuliharaan alam semulajadi dan eko-pelancongan di peringkat antarabangsa.

Jelas beliau, usaha sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengisytiharkan kawasan sekitar Gunung Kinabalu merangkumi daerah Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu sebagai tapak Geopark Kebangsaan pada tahun ini dan dimasyhurkan sebagai tapak warisan UNESCO Global Geopark menjelang 2020.

Tun Juhar menerima tabik hormat daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu di Dataran DUN Sabah.

Tun Juhar menerima tabik hormat daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu di Dataran DUN Sabah.

Beliau berkata, kerajaan juga sedang dalam proses mewartakan kawasan Teluk Darvel, Lahad Datu dan Pulau Mantanani, Kota Belud sebagai kawasan permuliharaan marin.

Terdahulu, Tun Juhar menghadiri Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormat Batalion 16, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu dengan kekuatan anggota seramai 102 anggota dengan tiga pegawai.

Suasana Dewan Persidangan sempena Istiadat Ucapan Dasar Kerajaan Negeri oleh Tun Juhar.

Suasana Dewan Persidangan sempena Istiadat Ucapan Dasar Kerajaan Negeri oleh Tun Juhar.

Selain itu, istiadat turut didukung oleh Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah seramai 50 orang yang dipimpin oleh Insp. Ravinthiran A/L Arunasalam.

Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Sabah Ke -15 yang berlangsung mulai hari ini akan berakhir pada 18 April.

EM

Tinggalkan komen anda