Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Lebar Luas Konsep Rahmat

By 27 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Raja Kamaruddin Raja Abdul Rahman / W Sahilawati W Baharuddin (Kota Bharu Kelantan)

KOTA BHARU, 27 Apr (Malaysiaaktif)– Karnival Ambang  Ramadhan 2019 (KAR) anjuran Persatuan Peduli Rakyat Kelantan telah dilangsungkan selama dua hari bermula 25 April di Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan, Kota Bharu.

Menurut Pengerusi Persatuan Peduli Rakyat Kelantan, Datuk Dr Abdul Halim Yusof, karnival ini diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Inisiatif (KAR) ini adalah selaras dengan konsep Rahmatan Lil-Alamin membudayakan suasana ceria ke arah menerima rahmat yang bakal dikecapi sepanjang Ramadhan”, katanya.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata Rahmatan Lil-Alamin bukanlah satu slogan yang mengkhususkan kepada masyarakat Islam sahaja, namun ianya merangkumi kepada seluruh masyarakat majmuk di Malaysia ini.

Beliau berkata kunjungannya ke Kelantan adalah menjelaskan konsep Rahmatan Lil-Alamin kepada pegawai kerajaan serta warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

“Saya rasa seronok apabila berpeluang menyampaikan konsep Rahmatan Lil-Alamin kepada pelbagai kategori masyarakat dan sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain,” ujar Mujahid semasa ucapan perasmian.

“Beberapa siri penjelasan seperti ‘town hall’ dan ‘corporate talk’ telah dilangsungkan sepanjang beberapa hari saya berada di Kelantan,” jelasnya lagi.

“Platform komunikasi dua hala ini membolehkan saya berinteraksi secara terus dengan masyarakat khususnya penjawat awam dan siswa Universiti serta menjelaskan secara terbuka tentang konsep ini,” katanya kepada sidang media di Majlis Perasmian Penutup Karnival Ambang Ramadhan 2019 semalam.

Antara yang turut hadir, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Nik Omar Nik Abdul Aziz, Pengarah Pendidikan Kelantan, Abdullah Mat, dan Pengarah Program Karnival ambang Ramadhan 2019, Datuk Ismail Ghani.

-NAZ

Tinggalkan komen anda