Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Pangsapuri Keramat Permai Retak, 37 Keluarga Dipindahkan

By 27 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang & Mohd Hizami Mohd Hanip

GOMBAK, 27 Apr (Malaysiaaktif) – Sejumlah 37 keluarga atau 222 mangsa dipindahkan susulan berlaku keretakan struktur bangunan Blok F Pangsapuri Kos Rendah Keramat Permai, AU1 Hulu Kelang sejak semalam.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata nasib penghuni bangunan empat tingkat terbabit akan diketahui dalam tempoh tiga hari bermula hari ini selepas siasatan terperinci dijalankan agensi berkaitan.

“Pihak terbabit juga akan menjalankan pemeriksaan berterusan sepanjang tempoh itu untuk mengenal pasti punca dan kerosakan struktur bangunan selain mengesan pergerakan tanah yang masih aktif.

Kesan akibat keretakan yang berlaku di Pangsapuri Keramat Permai, AU1 Hulu Kelang.

Kesan akibat keretakan yang berlaku di Pangsapuri Keramat Permai, AU1 Hulu Kelang.

“Rekod Jabatan Mineral dan Geosains mendapati kawasan pangsapuri ini didasari batuan filik yang boleh dikategorikan sebagai baik daripada aspek tujuan letakan dasar batuan bangunan.

“Namun, ia bergantung kepada kualiti jasad batuan yang berada dalam lingkungan bawah permukaan tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas meninjau kawasan keretakan struktur bangunan terbabit, di Taman Keramat Permai, Jalan AU1/1B, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Mohd Azizi Mohd Zain wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Amirudin (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Keramat.

Amirudin (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Keramat.

Mengulas lanjut, Amirudin memaklumkan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat yang diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk keperluan makan dan minum sehingga satu keputusan baharu dibuat.

“Sebanyak 37 keluarga telah keluar, namun hanya 12 keluarga atau 54 mangsa bersetuju tinggal di pusat pemindahan dan selebihnya memilih untuk  bersama saudara dan sahabat terdekat,” jelasnya.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan jam 12.42 tengah hari daripada penduduk berhubung keretakan pangsapuri berusia 34 tahun tersebut. Hasil siasatan awal mendapati terdapat 10 spot keretakan terutama di tingkat tiga dan empat.

-NAZ

Tinggalkan komen anda